- Lain-lain
Epal Luochuan Dorong Ke Arah Kemakmuran
Di kaunti Luochuan, Yan’an, di Provinsi Shaanxi, barat daya China, pemandangan buah epal menjadi satu kelaziman buat penduduk tempatan, dengan deretan kedai yang menjual epal di jalanan; trak yang memuatkan epal di sepanjang jalan bandar dan desa, yang kemudiannya diproses menjadi kerepek dan jus.
Penanaman epal di Yan’an telah bermula seawal 1940-an, dan kini ia mempunyai sekitar 35,333 kebun epal, yang menghasilkan lebih 1.1 juta tan epal setiap tahun. Pada masa sama, angka petani tempatan yang terlibat dalam industri epal adalah sebanyak 95 peratus, iaitu meliputi 95 peratus pendapatan penduduk.
Seorang penduduk tempatan memetik epal di sebuah kebun di perbandaran Yongxiang, kaunti Luochuan, di Provinsi Shaanxi, barat daya China. (Foto oleh Bai Limin)
Kisah kejayaan Luochuan secara jelas mencerminkan bahawa pertanian boleh menjadi ‘industri hijau’ yang berkembang maju, sebuah ‘industri makmur’ yang mendorong kepada pembasmian kemiskinan dan pemulihan luar bandar.
Secara asasnya, pertumbuhan industri tersebut bergantung kepada benih yang berkualiti. Di tapak semaian sumber plasma nutfah epal Luochuan, kelihatan pemandangan barisan pokok epal yang tersusun kemas. Walaupun pada musim sejuk, masih terdapat pokok yang berbuah.
Timbalan datuk bandar Luochuan yang bertanggungjawab untuk penanaman epal, Zhang Junqi berkata ia merupakan tempat eksperimen epal.
Difahamkan, tapak semaian epal tersebut menempatkan lebih 4,000 plasma nutfah epal dan 600 jenis epal baharu premium. Pembiakan berterusan varieti baharu meningkatkan ‘bank gen’, sekali gus menjadikan ia sebagai ‘Lembah Silikon’ epal. Sebagai contoh, epal ‘Qincui’ yang sangat popular merupakan kacukan dari tapak itu.
Suatu ketika dahulu, terdapat pepatah di Luochuan yang menyebut bahawa hosital ortopedik merupakan ‘industri tambahan’ kepada penanaman epal, berikutan kekerapan petani yang sering terjatuh dari pokok akibat memanjat untuk memetik epal.
Mutakhir ini, Luochuan telah mempercepat usaha pemodenan kebun dengan mengoptimumkan kepelbagaian, dan melaksanakan penanaman pokok yang rendah dan padat, yang menyaksikan pokok epal kini membesar sehingga tiga meter tinggi.
Menurut maklumat, jaring hujan batu, sistem pemercik dan papan kawalan perosak dipasang secara seragam, dan kadar mekanisasi di kebun telah meningkat daripada kurang daripada 20 peratus kepada lebih 70 peratus.
Dengan penanaman standard dan pengeluaran intensif, pengeluaran dan pendapatan hasil kebun turut meningkat sebanyak dua kali ganda.
Untuk rekod, taman industri epal di Luochuan menempatkan sebnayak 52 perusahaan besar dan 356 perusahaan kecil dan mikro, yang meliputi elemen perdagangan epal, penyimpanan sejuk, logistik pintar dan penghasilan bekalan pertanian, sekali gus mewujudkan ekosistem perindustrian yang komprehensif.
Epal sedang diisih di sebuah barisan penghasilan syarikat buah-buahan di kaunti Luochuan, Provinsi Shaanxi, barat daya China. (Foto oleh Li Jin)
Di taman industri tersebut juga terdapat barisan pengisihan epal pintar yang mampu mengambil 72 keping gambar epal dalam satu saat sahaja, secara tidak langsung membolehkan proses mengisih dan penggredan dapat dilakukan secara automatik.
Di pusat pengagihan logistik, secara puratanya terdapat 20,000 kotak epal yang bergerak pantas di sepanjang tali pinggang penghantar setiap hari. Menerusi pertanian epal-ternakan bersepadu, 10 kilang pemprosesan baja organik di taman itu menghasilkan 250,000 tan baja organik setiap tahun.
Dengan inovasi varieti yang berterusan dan mengekalkan kawalan kualiti yang ketat, epal Luochuan telah meningkatkan reputasi mereka di pasaran.
Gabungan varieti awal, pertengahan dan matang lewat membolehkan penuaian berperingkat sepanjang musim penanaman, manakala 1,710 kemudahan penyimpanan sejuk telah membantu bekalan secara berperingkat, memastikan epal Luochuan tersedia sepanjang tahun.
Sementara itu, sistem logistik tiga peringkat yang merangkumi kaunti, perbandaran dan kampung memastikan bahawa epal berada ‘di jalan raya sebaik sahaja ia meninggalkan pokok itu’.
Dengan kelajuan penghantaran yang lebih pantas, epal Luochuan telah meningkatkan kepuasan pelanggan, selain turut menjadi jenama terkenal dengan nilai kini melebihi RMB88.32 bilion (AS$12.10 bilion).
Hari ini, epal Luochuan bukan sahaja dijual di seluruh dunia malah telah dihantar ke angkasa lepas, dengan nilai keluaran tahunan melebihi RMB14 bilion. Dengan tenaga produktif berkualiti baharu pertanian yang tidak berkunci dan sistem industri epal moden, epal Luochuan sedang mengalami pembangunan berkualiti tinggi.
Epal Luochuan juga kekal sebagai simbol kemakmuran bagi petani, sumber kebahagiaan untuk rakyat, pemacu pertumbuhan kaunti, dan pemain utama dalam pemulihan semula luar bandar.
Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Sekilas Pemandangan di Xi’an, Bandar Bertemunya Elemen Tradisi dan Moden
- Dasar Bebas Visa Lonjak Pelancongan Masuk ke Xi’an
- Rantingnya Penuh dengan Epal dan Petani Buah Gembira dengan Hasil Tuaian
- Foto Udara Terusan Zhengguo, Khazanah Pemuliharaan Air Seribu Tahun
- Xi Adakan Tinjauan di Bandar Baoji dan Tianshui
- Xi’an Beri Pengesahan Lawatan Individu Pertama untuk HK, Makau
- Pertunjukan Lampu Chang’an 2024 Dirasmikan di Xi’an
- Xi Beri Arahan kepada Shaanxi dalam Landskap Pembangunan Kebangsaan
- Xi Galak Shaanxi Jadi Contoh Pacu Modenisasi Ala China
- Serasinya Tradisi Lama dan Hidup Moden di Xi’an