Xi’an Beri Pengesahan Lawatan Individu Pertama untuk HK, Makau

Seorang wanita bernama keluarga Wang telah menjadi orang pertama yang mendapat pengesahan lawatan individu bagi wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Makau di Xi’an, ibu provinsi Shaanxi di barat laut China, pada 6 Mac. (foto/Xi’an news network)

Seorang wanita bernama keluarga Wang telah menjadi orang pertama yang mendapat pengesahan lawatan individu bagi wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Makau di Xi’an, ibu provinsi Shaanxi di barat laut China, pada 6 Mac. (foto/Xi’an news network)

Dewan Negara China dalam keputusan pada 23 Februari meluluskan penglibatan bandar Xi’an di provinsi Shaanxi dan Qingdao di provinsi Shandong, dalam Skim Lawatan Individu.

Menurut Pentadbiran Imigresen Negara, di bawah skim ini, penduduk Xi’an dan Qingdao yang layak boleh memohon untuk mendapatkan pengesahan lawatan individu ke Hong Kong dan Makau bagi tujuan selain urusan kerja atau rasmi, secara perseorangan.

Pemegang dokumen pengesahan berkenaan akan dibenarkan tinggal di dua bandar itu untuk tempoh maksimum tujuh hari setiap kunjungan.

Bagi individu yang memohon untuk kali pertama di Xi’an, proses mendapatkan kelulusan boleh diselesaikan di kaunter tingkap perkhidmatan manual dan memerlukan tujuh hari bekerja. Mereka yang sudah pun mempunyai permit keluar masuk ke Hong Kong dan Makau pula boleh membuat permohonan menerusi kios pintar.

Sebanyak enam kategori dokumen pengesahan lawatan individu ditawarkan, iaitu sekali setiap tiga bulan, dua kali setiap tiga bulan, sekali setahun dan dua kali setahun bagi Hong Kong, serta sekali setiap tiga bulan dan sekali setahun bagi Makau.

Xi’an, kota yang kaya dengan sumber sejarah dan budaya, yang prospek pembangunan ekonominya juga cerah, mempunyai industri pelancongan dan komersial yang berkembang maju. Pada 2023, jumlah keseluruhan dokumen keluar masuk yang diuruskan di bandar itu mencecah hampir satu juta.

Semasa dua persidangan terpenting China berlangsung di Beijing, beberapa wakil Kongres Rakyat Kebangsaan dari Hong Kong dan Makau mengusulkan agar langkah-langkah diambil bagi mengoptimumkan pelancongan antara Tanah Besar dengan dua wilayah pentadbiran khas itu. Mereka juga mencadangkan supaya meningkatkan kuota beli-belah bebas cukai yang dinikmati pelancong dari Tanah Besar serta menambah pelabuhan pelepasan 24 jam, untuk meningkatkan lagi ketersambungan dan interaksi antara Hong Kong dengan Tanah Besar.

Video

Berita Berkaitan