- Lain-lain
Gempa Xizang: Barang Bantuan Tiba di Kawasan Bencana
![]() |
Kumpulan pertama barang bantuan membabitkan 5,800 item termasuk khemah dan pakaian tebal yang disediakan kerajaan pusat selamat tiba di kawasan bencana gempa bumi di wilayah Xizang, barat daya China pada malam Selasa.
Difahamkan, baki 16,000 lagi barang bantuan akan dihantar tiba di kawasan bencana hari ini.
Barang bantuan berkenaan dikendalikan bersama oleh Suruhanjaya Pencegahan, Pengurangan dan Bantuan Bencana Negara, Kementerian Pengurusan Kecemasan (MEM) dan Jabatan Pentadbiran Makanan dan Rizab Strategik Negara (NFSRA).
Pada masa sama, bekalan keperluan harian yang disumbangkan oleh pelbagai syarikat dan yayasan penyayang seperti makanan, alat pemanas, selimut elektroterma, selendang, sarung tangan dan baju tebal juga telah diagihkan kepada penduduk terjejas menerusi penyelarasan MEM.
Gempa bumi berkekuatan 6.8 skala Richter menggegarkan kaunti Dingri, bandar Xigaze di wilayah Xizang pada pukul 9.05 pagi Selasa, mengakibatkan sekurang-kurangnya 126 orang maut dan 188 lagi cedera, selain 3,609 rumah turut musnah.
Selepas bencana itu berlaku, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), pasukan polis bersenjata dan anggota militia simpanan segera bergegas ke lokasi pusat gempa serta kawasan sekitarnya untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Setakat ini, seramai 407 penduduk yang terperangkap berjaya diselamatkan dan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara disiapkan untuk menempatkan lebih 30,400 mangsa terjejas.
![]() |
Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Akupunktur Gangsa daripada Xi Jinping
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Gempa Xizang: Berlumba dengan Masa Dirikan Khemah untuk Penduduk Terjejas
- Xi Gesa Pelbagai Pihak Salur Bantuan Segera Selamatkan Mangsa Gempa di Xizang
- 22,000 Barang Dihantar Bantu Mangsa Gempa di Xizang
- Xizang Labur Besar-besaran untuk Pembangunan Pelancongan Kebudayaan
- Lebih 300 Tapak Peninggalan Budaya Ditemukan di Xizang
- Pemandangan Seindah Lukisan di Taman Tanah Lembap Kebangsaan Yani di Xizang
- Kraftangan Tibet Semakin Terkenal
- Xizang yang Menakjubkan: Tanah Misteri Yi’ong
- Isu Xizang Tidak Boleh Dicampuri Pihak Luar
- Bilangan Pelancong ke Xizang Cipta Rekod