30 Hari Menjelang Sukan Musim Sejuk Asia 2025, Harbin Giat Buat Persiapan
 |
Foto pemasangan bahan-bahan promosi dilakukan di Harbin Flood Control Memorial Tower. (People’s Daily Online/Yu Yang) |
Berbaki 30 hari menjelang Sukan Musim Sejuk Asia ke-9, yang akan dibuka di Harbin, Provinsi Heilongjiang di timur laut China, pada 7 Februari 2025, Harbin sedang giat membuat persiapan.
Unsur-unsur sempena temasya sukan antarabangsa tersebut seperti maskot, logo, dan slogan promosi jelas terpapar di segenap kawasan perniagaan dan jalan-jalan di Harbin, sekali gus mewujudkan suasana yang meriah dan penuh bertenaga.
Difahamkan, proses persiapan temasya sukan itu telah memasuki peringkat akhir, dengan sistem arahan pengoperasian turut ditubuhkan, sementara acara ujian pula sedang diadakan untuk memperhalusi perkhidmatan yang berkaitan dan memastikan semuanya berjalan lancar.
Memegang kepada prinsip “hijau, inklusif, terbuka, dan bersih”, Harbin bersedia untuk menganjurkan Sukan Musim Sejuk Asia yang gilang-gemilang.
 |
Foto pemasangan bahan-bahan promosi dilakukan di bulatan berdekatan sebuah muzium. (People’s Daily Online/Zhang Qi) |
 |
Foto pemasangan bahan-bahan promosi dilakukan di Stesen Kereta Api Harbin. People’s Daily Online/Zhang Qi) |
 |
Foto stesen perkhidmatan sukarelawan di bulatan berdekatan sebuah muzium. (People’s Daily Online/Zhang Qi) |
 |
Foto arca salji gergasi Nini, salah satu maskot Sukan Asia Musim Sejuk 2025 di Harbin Flood Control Memorial Tower. (People’s Daily Online/Yu Yang) |
 |
Foto cenderamatan Sukan Asia Musim Sejuk 2025. (People’s Daily Online/Yu Yang) |
 |
Foto maskot Sukan Asia Musim Sejuk 2025, Binbin dan Nini dengan gaya tradisional yang menonjol. (People’s Daily Online/Zhang Qi) |
 |
Foto maskot Sukan Asia Musim Sejuk 2025, Binbin dan Nini di Central Street. (People’s Daily Online/Yu Yang) |