Wang Yi Bertemu Presiden Maldives Mohamed Muizzu

(CRI)Sabtu 11 Januari 2025

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Presiden Maldives, Mohamed Muizzu di Maldives, pada Jumaat.

Wang bersinggah di negara kepulauan itu dalam perjalanan pulang ke China selepas menamatkan lawatan di Afrika.

Wang Yi menyatakan bahawa China akan terus memainkan peranan sebagai tenaga penstabil yang paling penting dalam dunia yang berdepan pergolakan pada masa ini.

Tegas beliau, China komited bekerjasama dengan pelbagai negara termasuk Maldives untuk melaksanakan 'tiga inisiatif global', menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus global yang adil dan munasabah, dan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan