Maldives Bakal Benarkan Guna Matawang RMB untuk Import

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 April 2024

Foto diambil pada 12 November 2015, memperlihatkan wang kertas 100 yuan yang baharu dikeluarkan di Beijing, ibu negara China. (Xinhua/Li Xin)

Foto diambil pada 12 November 2015, memperlihatkan wang kertas 100 yuan yang baharu dikeluarkan di Beijing, ibu negara China. (Xinhua/Li Xin)

Menteri Perdangan dan Pembangunan Ekonomi Maldives, Mohamed Saeed memberitahu bahawa negara itu akan mempunyai pilihan untuk membenarkan pembayaran import menggunakan matawang China, iaitu Renminbi (RMB) tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan pada 11 April, beliau berkata bahawa objektif kerajaan Maldives adalah untuk mempelbagaikan matawang selain dolar Amerika.

Tambah Saeed, pihaknya turut menjangkakan matawang Maldives iaitu Rufiyaa, untuk mengukuh berbanding dolar Amerika sehingga 30 ke 40 peratus dalam beberapa bulan mendatang.

Beliau berkata, kerajaan Maldives turut berancang untuk memperkenal e-dompet termasuk dari Korea Selatan, Jepun, China, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, India dan Emiriyah Arab Bersatu.

Seorang pemandu pelancong berbual dengan pelancong luar di Male, Maldives, 21 Oktober 2010. (Xinhua/Liu Yongqiu)

Seorang pemandu pelancong berbual dengan pelancong luar di Male, Maldives, 21 Oktober 2010. (Xinhua/Liu Yongqiu)

Video

Berita Berkaitan