Sekatan AS Tidak Mampu Halang Kemajuan China: MOC

(CRI)Khamis 16 Januari 2025

Sekatan dan penindasan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) tidak mampu menghalang kemajuan China, sebaliknya hanya akan meningkatkan keyakinan dan keupayaan negara ini dalam kemandirian serta inovasi teknologi.

Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Perdagangan (MOC) pada Rabu, sejak kebelakangan ini Presiden AS Joe Biden telah memperhebat sekatan perdagangan terhadap China, berbaki tempoh pentadbirannya, dengan alasan keselamatan negara.

Antaranya mengetatkan kawalan eksport produk semikonduktor ke China dan mengharamkan penggunaan perkakasan dan perisian China pada sebarang kenderaan AS.

Pentadbiran Biden juga melancarkan tinjauan keselamatan ke atas sistem dron dari China dan negara lain berkaitan teknologi dan perkhidmatan maklumat dan komunikasi.

Menurut MOC, beberapa syarikat China dikenakan sekatan, selain banyak entiti dimasukkan ke dalam senarai hitam 'notorious markets'.

Justeru, China menyatakan rasa tidak puas hati dan bantahan sekeras-kerasnya terhadap tindakan yang dilakukan AS.

Jurucakap itu berkata langkah-langkah berkenaan merupakan satu bentuk paksaan dalam ekonomi dan amalan buli, sekaligus akan menjejaskan hubungan perdagangan China-AS serta pertumbuhan ekonomi global.

Video

Berita Berkaitan