- Lain-lain
China, Vietnam Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
Presiden China Xi Jinping menzahirkan komitmen untuk bekerjasama dengan pemimpin Vietnam bagi memperkukuh kesalingpercayaan strategik dan memperkasa kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu semasa bertukar ucapan tahniah dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV) To Lam dan Presiden Vietnam Luong Cuong sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada Sabtu.
Xi berkata beliau amat mementingkan perkembangan hubungan China-Vietnam dan bersedia mengambil peluang daripada sambutan 75 tahun hubungan diplomatik serta Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Vietnam untuk menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara terus berputik hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat.
Sementara itu, To Lam menyatakan keyakinan bahawa dengan bimbingan pucuk pimpinan parti dan negara, pembinaan komuniti berkongsi nasib Vietnam-China pasti akan melonjak ke tahap baharu menerusi kerjasama rapat kedua-dua pihak.
Luong Cuong pula berkata praktik selama 75 tahun sejak penjalinan ikatan diplomatik membuktikan bahawa perkembangan hubungan persahabatan tradisional Vietnam-China selaras dengan aspirasi dan kepentingan jangka panjang rakyat kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan, kerjasama dan pembangunan serantau bahkan dunia.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China, Vietnam Komited Pacu Kerjasama Kuasa Produktif Kualiti Baharu
- Aktiviti Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Penetapan Garis Sempadan China-Vietnam
- Mesyuarat Kerjasama China-Vietnam ke-16 di Beijing
- Han Zheng Terima Kunjungan Naib PM Vietnam
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Vietnam
- Usahawan China-Vietnam Diharap Manfaatkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0
- China, Vietnam Ikrar Perkasa Kerjasama
- PM Li Temui Presiden Vietnam
- Xi Terima Kunjungan Pemimpin Vietnam
- Taufan Yagi: PM Li Sampaikan Simpati kepada Vietnam