Delegasi Usahawan China Lawat Vietnam

(CRI)Isnin 20 Januari 2025

Delegasi usahawan China berkunjung ke Vietnam pada 17 hingga 18 Januari menerusi inisiatif 'Thousand Groups Going Abroad'.

Lawatan berkenaan diatur oleh Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dengan tujuan menggalakkan pemain industri dan usahawan dua negara mengukuhkan komunikasi dan pertukaran serta memperdalam kerjasama praktikal sempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik dan Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Vietnam.

Pengerusi CCPIT Ren Hongbin mengetuai delegasi itu menjalankan pelbagai bentuk pertukaran dengan tokoh-tokoh politik dan perniagaan dari Vietnam, menghadiri majlis sambutan ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara, selain mengadakan rundingan perniagaan dengan syarikat terlibat.

Lawatan tersebut menyaksikan banyak hasil dicapai dalam kerjasama membabitkan rantaian perindustrian dan bekalan, kesalinghubungan serta perdagangan dan pelaburan.

Video

Berita Berkaitan