China Capai Sasaran Wujud 12 Juta Peluang Kerja pada 2024

(CRI)Selasa 21 Januari 2025

China berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan pusat untuk mewujudkan lebih 12 juta peluang pekerjaan pada 2024.

Menurut Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial, sebanyak 12.56 juta peluang pekerjaan baharu disediakan di kawasan bandar dan pekan sepanjang tahun lepas.

Sementara itu, purata kadar pengangguran yang ditinjau mencatatkan 5.1 peratus, turun 0.1 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya.

Video

Berita Berkaitan