Xi Tinjau Syarikat Pengeluar Keluli di Benxi

(CRI)Jumaat 24 Januari 2025
Xi Tinjau Syarikat Pengeluar Keluli di Benxi

Presiden Xi Jinping melakukan tinjauan ke sebuah syarikat pengeluar keluli di bandar Benxi, provinsi Liaoning, timur laut China pada petang Khamis.

Xi sempat meninjau kilang penggelek sejuk Kumpulan Bensteel, memeriksa pusat kawalan dan talian pengeluarannya, dan melihat sendiri usaha yang dilakukan syarikat berkenaan dalam mempercepat transformasi dan penaiktarafan serta menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi.

Kilang yang meliputi kawasan seluas 564,000 meter persegi itu memulakan operasi pada tahun 2015.

Kini kilang penggelek sejuk itu mempunyai 510 orang pekerja dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 2.7 juta tan setahun.

Kilang tersebut dilengkapi talian pengeluaran plat gelek sejuk selebar 2,280 milimeter yang merupakan antara paling lebar di dunia, dengan teknologi serta kelengkapan mencapai taraf antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan