Xi Lakukan Tinjauan di Bandar Shenyang
(
CRI)
Jumaat 24 Januari 2025
Presiden Xi Jinping melakukan tinjauan di bandar Shenyang, provinsi Liaoning, timur laut China pada pagi Khamis.
Beliau singgah di Pasar Makanan Dadong bagi mengetahui keadaan bekalan barangan ketika hari perayaan serta langkah-langkah yang diambil untuk memenuhi keperluan seharian penduduk.
Pasar Makanan Dadong yang terletak di pusat bandar Shenyang mempunyai sejarah hampir 200 tahun. Di sana terdapat lebih 7,000 jenis makanan seperti daging, telur, bijirin, minyak masak, sayur-sayuran dan rempah-ratus yang dijual oleh para peniaga dan menjadi tempat tumpuan penduduk tempatan bagi mendapatkan bekalan bahan makanan.
Selain itu, Xi juga sempat berkunjung ke komuniti kediaman Chang'an di daerah Dadong untuk melihat sendiri usaha yang dilakukan dalam mengoptimumkan perkhidmatan awam dan meningkatkan mutu kehidupan penduduk setempat.
Komuniti itu tampil dengan wajah baharu selepas projek pengubahsuaian menyeluruh dijalankan terhadap kesemua 13 bangunan kediaman dan kawasan awam sejak 2023.