- Lain-lain
AS Tiada Hak Campur Tangan: MFA
Amerika Syarikat (AS) bukan pihak terlibat dalam isu Laut China Selatan, justeru tiada hak untuk mencampuri isu maritim antara China dan Filipina.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Mao Ning pada Khamis sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Negara AS Marco Antonio Rubio mengenai isu Laut China Selatan.
Dilaporkan, Rubio mengulangi janji AS untuk menjaga keselamatan Filipina serta menuduh kegiatan China di Laut China Selatan ketika mengadakan perbualan telefon dengan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo pada Rabu.
Sehubungan itu, Mao menyatakan bahawa aktiviti China di perairan berkenaan adalah munasabah, sah dan tidak boleh dipertikaikan.
"Kerjasama ketenteraan antara AS dan Filipina tidak sepatutnya menjejaskan kedaulatan dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan, mahupun menjadi alasan bagi menyokong tuntutan haram Filipina.
"China akan terus melakukan tindakan yang perlu untuk melindungi kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim serta memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan," kata Mao.
- China Bertekad Basmi Kegiatan Resapan dan Penjejasan dari Kuasa Luar
- Pasukan Pengaman Tak Boleh Campur Tangan Urusan Dalaman di Negara Berkonflik
- China Bantah Campur Tangan AS terhadap Urusan Xizang
- China Bantah Deklarasi NATO dalam Sidang Kemuncak Washington
- China Bantah Pegawai AS Bersekongkol dengan Pembelot Hong Kong
- PBB Luluskan Resolusi, Gesa AS Hentikan Sekatan terhadap Cuba
- Kebebasan Kehakiman HK Tolak Campur Tangan AS
- AS Digesa Kurangkan Rasa Cemburu terhadap Kerjasama China-Afrika
- Subahat AS-Taiwan: Jalan yang Buntu
- China: Hentikan Campur Tangan Menerusi Pengeksportan Senjata