China: Hentikan Campur Tangan Menerusi Pengeksportan Senjata

(CRI)Selasa 11 April 2023

Adalah mustahak untuk menghentikan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman negara lain menerusi pengeksportan senjata dan berhenti memberikan naungan subahat kepada puak pemisah.

Demikian ujar Naib Wakil China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang dalam sesi terbuka yang bertemakan "risiko akibat pelanggaran perjanjian pengeksportan senjata dan kelengkapan tentera" semalam.

"Saya tidak dapat tidak mendakwa, terdapat suatu negara gergasi dalam bidang ketenteraan melalui sistem pengeksportan senjatanya yang longgar terkawal, tidak pernah berhenti memindahkan produk ketenteraan kepada entiti bukan negara. Negara yang mengundurkan diri daripada Perjanjian perdagangan Senjata Api pada tahun 2019 itu, menduduki 40% keseluruhan pengeksportan senjata api dalam senario global pada tahun 2022. Sementara itu, negara berkenaan giat melakukan kerjasama kapal selam berkuasa nuklear dan memindahkan uranium yang diperkaya untuk kegunaan pembuatan senjata. Masyarakat antarabangsa diseru menolak perbuatan yang mengabaikan komitmen yang dibuat dalam pengumuman diplomatik, mencabar kedaulatan negara lain, bersubahat dengan kuasa pemisah, menaiktaraf penjualan senjata sehingga menimbulkan konfrontasi dan pergolakan, mendorong pelaksanaan geostrategi dan meruncing ketegangan," kata beliau.

Selain itu, Wakil Rusia Vasily Nebenzya berkata, negara Barat membekalkan senjata dalam bilangan besar, namun gagal menunaikan kewajipan yang terkandung dalam peraturan antarabangsa berhubung menjejaki senjata terbabit sehingga kedamaian dan keamanan antarabangsa menghadapi ancaman ekoran pemerdagangan senjata terbabit dalam pasaran gelap.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan