- Lain-lain
Impak Dasar Bebas Visa Dorong ‘China Travel’ Jadi Lebih Rancak
Sejak China memperluas dan mengoptimumkan dasar bebas visa serta memperkenal langkah bagi mempermudah pelancong asing, ‘China Travel’ telah menjadi pilihan utama bagi ramai pelancong antarabangsa.
Memetik data terkni Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China, pihak berkuasa imigresen di seluruh negara telah mengendalikan sebanyak 610 juta perjalanan rentas sempadan, dengan peningkatan sebanyak 43.9 peratus dari tahun ke tahun.
Daripada jumlah itu, 291 juta perjalanan rentas sempadan telah dilakukan oleh penduduk di tanah besar China, 254 juta oleh penduduk Hong Kong, Makao, dan Taiwan, serta 64.88 juta oleh warga asing, sekali gus menyaksikan peningkatan masing-masing sebanyak 41.3 peratus, 38.8 peratus, dan 82.9 peratus.
Pada masa sama, hampir 20.12 juta pelancongan masuk ke China telah dilakukan oleh warga asing secara bebas visa pada tahun lalu, iaitu peningkatan 112.3 peratus dari tahun ke tahun.
Pelancong asing sedang bergambar di Yuyuan Garden Mall di Shanghai, pada 2 Ogos 2024. (People’s Daily Online/Wang Gong)
Dengan pelancongan yang menjadi lebih mudah, ia secara tidak langsung turut membuka jendela dan saluran baharu kepada dunia untuk memahami China, serta mempamerkan imej negara Tembok Besar yang bertenaga, berkepelbagaian, dan benar.
Misalnya, trend ‘Melancong ke China Seusai Tamat Kerja pada Jumaat’ telah menjadi perbualan hangat di platform media sosial Korea Selatan.
Statistik Kementerian Darat, Infrastruktur dan Pengangkutannya menunjukkan bahawa terdapat kenaikan signifikan dalam kemasukan pelancong Korea Selatan ke China sejak dasar bebas percuma diperkenalkan pada 8 November 2024. Pada bulan yang sama, sejumlah 993,400 pelancong Korea Selatan telah memasuki China, iaitu kenaikan 47 peratus untuk tempoh sama pada tahun terdahulu.
Bagi Poland pula, dalam tempoh setengah jam sejak pengumuman dasar bebas visa oleh China pada Jun 2024, carian kata kunci berkaitan ‘China Travel’ dalam platform Trip.com turut meningkat sebanyak 40 peratus dalam pengguna warga Poland, iaitu meningkat sebanyak 40 peratus berbanding hari yang sebelumnya.
Milena, seorang warga Poland dari Warsaw yang meminati budaya China, telah membuat keputusan serta merta untuk mengunjungi China. Dalam tempoh 10 hari dia menerokai tempat seperti Zhangjiajie, dia tidak dapat menyembunyikan kekagumannya.
“Ia sangat menakjubkan! Saya harap rakan-rakan saya dapat menyaksikan sendiri landskap China,” ujar Milena.
Pelancong dari Belanda menyertai pesta tanglung di sebuah kampung purba di daerah Huizhou, Huangshan, Provinsi Anhui di timur China pada 26 Disember 2024. (People’s Daily Online/Shi Yalei)
Pelancong dari Belgium, Patrick, Luc dan Ingrid yang baru pulang dari China turut berkongsikan pengalaman unik mereka melihat pemandangan menakjubkan di Dataran Tinggi Qinghai-Xizang menerusi jendela kereta api tidur.
“Lebih banyak anda terokai China, lebih banyak anda akan dapat merasai keunikannya. Lawat sekali tidak cukup, kami sangat mahu datang semula, dan mempelajari lebih banyak tentang budaya China,” ujar salah seorang daripada mereka.
Ledakan ‘China Travel’ turut membawa impak kepada pertumbuhan pasaran pengangkutan penerbangan.
Daniel Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Gofay Airways, penyedia perkhidmatan pelancongan Malaysia berkata bahawa sektor penerbangan telah memperlihatkan pertumbuhan yang berterusan susulan peningkatan perjalanan rentas sempadan antara Malaysia dan China.
Untuk rekod, sebanyak 18 laluan penerbangan langsung baharu telah dilancarkan antara kedua-dua negara yang meliputi pelbagai bandar, sekali gus memenuhi permintaan para pelancong.
Zeng Bowei, pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Ekonomi Pelanconga China di Beijing Union University berkata bahawa dasar bebas visa itu bukan sekadar mendorong pelancongan masuk, tetapi juga memberi isyarat jelas tentang keterbukaan China.
- China Lanjutkan Kemudahan Transit Tanpa Visa kepada 240 Jam
- Dasar Bebas Visa Dorong Pengembara Korea Selatan ke China
- China Komited Permudahkan Perjalanan Pelancong Asing
- Lagi Banyak Negara Asing Tersenarai dalam Skim Pengecualian Visa China
- Lapangan Terbang Daxing Beijing Kendali 4 Juta Penumpang Antarabangsa
- Dasar Bebas Visa Lonjak Pelancongan Masuk ke Xi’an
- 9 Negara Lagi di Bawah Dasar Bebas Visa China
- China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Empat Negara Lagi
- Dasar Bebas Visa Lonjak Kedatangan Pelancong China ke M’sia Hampir 200 Peratus
- Thailand Lanjutkan Tempoh Bebas Visa Bagi Pelancong Asing