- Lain-lain
China, AS Patut Cari Cara Pergaulan Betul Bagi Era Baharu - Wang Yi
China dan Amerika Syarikat (AS) harus mencari cara pergaulan yang betul bagi era baharu, kata Menteri Luar China Wang Yi dalam perbualannya dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio menerusi telefon, pada Jumaat.
Wang, yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), berkata Presiden China Xi Jinping telah mengadakan perbincangan telefon dengan rakan sejawatnya Donald Trump pada minggu lalu, dan mencapai siri konsensus.
"Kedua-dua pihak kita perlu melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara tersebut, berpegang kepada prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai, bekerjasama dan sama menang, mengekalkan komunikasi, mengawal perselisihan pendapat, meluaskan kerjasama, agar mendorong hubungan China-AS berkembang secara mantap, sihat dan mampan," kata Wang.
Beliau berkata, sasaran China adalah membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyatnya dan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada dunia.
Beliau menyatakan bahawa China tidak berniat untuk mendahului atau menggantikan negara lain, namun akan dengan tegas menjaga hak dan kepentingan sah untuk membangun.
Ketika menyentuh isu Taiwan, Wang menekankan bahawa Taiwan ialah sebahagian wilayah China sejak zaman purba kala, dan China sama sekali tidak akan membenarkan Taiwan dipisahkan dari tanah airnya.
"AS telah membuat komitmen untuk mengamalkan dasar satu China sepertimana yang terkandung dalam tiga pengumuman bersama China-AS, dan tidak boleh mungkir janji," ujar Wang Yi.
Rubio pula berkata, pihaknya bersedia mengadakan komunikasi secara ikhlas dengan China untuk mengawal perselisihan pendapat, mengendalikan hubungan bilateral secara matang dan teliti, bersama-sama menghadapi cabaran global, serta melindungi keamanan dan kestabilan dunia.
Beliau menekankan bahawa AS tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan' dan berharap isu Taiwan dapat diselesaikan secara damai melalui cara yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan.
- Han Zheng Hadir Upacara Angkat Sumpah Trump
- Han Zheng Bertemu Bakal Naib Presiden AS
- Xi Hantar Wakil Khas ke Majlis Angkat Sumpah Trump
- Xi Ucap Takziah Kematian Jimmy Carter
- Mesyuarat Ke-7 Kumpulan Kerja Kewangan China-AS Diadakan di Nanjing
- Presiden Xi Ucap Tahniah kepada USCBC
- Plot Pembelot 'Kemerdekaan Taiwan' Pasti Gagal - MFA
- Wang Yi Terima Kunjungan Rombongan Diplomat AS
- Lithuania Digesa Bertindak Praktikal Bawa Hubungan dengan China ke Landasan Betul
- China Cela Lawatan 'Transit' Lai Ching-te di AS