Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Belarus Lukashenko

(CRI)Selasa 28 Januari 2025

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Lukashenko atas kemenangnya dalam pemilihan Presiden Belarus, pada Isnin.

Xi menegaskan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau telah mengekalkan pertukaran rapat dengan Tuan Presiden, dan berjaya melonjakkan hubungan China-Belarus ke tahap terbaik dalam sejarah.

Xi berkata beliau amat mementingkan hubungan dengan Belarus dan bersedia bersama-sama Presiden Lukashenko untuk meneruskan persahabatan tradisional kedua-dua negara, mempergiat kerjasama yang saling menguntungkan, dan mendorong hubungan China-Belarus terus maju ke depan agar memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan