Xi Balas Kad Selamat TBC kepada Sahabat dari AS

(CRI)Selasa 28 Januari 2025

Presiden China Xi Jinping mengirim kad selamat Tahun Baharu China (TBC) sebagai membalas kiriman kad oleh sahabat dari Negeri Iowa, Amerika Syarikat (AS), pada Isnin.

Beliau berkata China dan AS mempunyai banyak kepentingan bersama dan ruang kerjasama yang luas. Kedua-dua negara boleh menjadi rakan dan sahabat, mewujudkan kemakmuran bersama, selain menyumbang kepada pembangunan kedua-dua negara bahkan dunia.

Beliau berharap agar rakyat kedua-dua negara meningkatkan pertukaran lawatan dan interaksi supaya meneruskan kisah persahabatan antara rakyat China dan AS, sekali gus memberikan sumbangan baharu kepada perkembangan hubungan dua hala.

Pada 40 tahun lalu, Xi melakukan lawatan ke Iowa dan disambut mesra oleh penduduk tempatan.

Baru-baru ini, seramai 58 wakil dari Iowa termasuk Bekas Duta Besar AS ke China Terry Edward Branstad, Bekas Pengerusi Tabung Anugerah Makanan Dunia Kenneth M. Quinn, serta pelajar, guru dan ibu bapa yang terlibat dalam inisiatif "50,000 belia AS dijemput melawat ke China dalam lima tahun akan datang", telah mengirimkan kad ucapan selamat TBC kepada Presiden Xi.

Video

Berita Berkaitan