Peng Liyuan Anjur Majlis Minum Teh Rai Wanita Pertama Kyrgyzstan

(CRI)Khamis 06 Februari 2025

Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan menganjurkan majlis minum teh bagi meraikan kunjungan isteri Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov, Aigul Japarova di Beijing pada pagi Rabu.

Japarova kini mengikuti suaminya bagi melakukan lawatan rasmi ke China sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Dalam majlis tersebut, Peng menyatakan bahawa pertukaran budaya merupakan jambatan penting untuk menggalakkan persefahaman dalam kalangan rakyat selain menzahirkan harapan agar pertukaran dan kerjasama dalam bidang sosiobudaya antara rakyat China dan Kyrgyzstan berkembang maju.

Sementara itu Japarova pula menyanjung tinggi pencapaian besar yang dilakar China dalam pembangunan sosioekonomi.

Beliau juga menzahirkan kesediaan untuk menggalakkan secara aktif pertukaran dan kerjasama dalam kalangan rakyat, untuk mengukuhkan persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan