Peng Liyuan Terima Kunjungan Koir Mandarin dari Jerman

(CRI)Jumaat 29 Mac 2024

Isteri Presiden China Xi Jinping, Profesor Peng Liyuan menerima kunjungan wakil pelajar dan guru Koir Mandarin Burg Gymnasium, sebuah sekolah menengah dari Jerman di Sekolah Menengah No.35 Beijing, pada Khamis.

Prof Peng mengucapkan tahniah kepada wakil guru dan pelajar koir Mandarin tersebut yang mencapai hasil menggalakkan dalam menyebarkan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

"Dengan usaha bersama, koir ini telah berjaya membina satu jambatan pertukaran budaya antara China dengan Jerman, dan ia sekali gus menjadi simbol persahabatan kedua-dua negara kita," kata Prof Peng.

Beliau berharap pelajar-pelajar itu dapat merasai keindahan budaya China melalui melodi merdu, dan menjadi duta persahabatan China-Jerman bagi generasi baharu.

Olaf Millmann, presiden persatuan koir itu mengucapkan terima kasih kepada Prof Peng yang sentiasa memberikan perhatian dan sokongan kepada koir tersebut.

Beliau yakin lebih ramai pemuda Jerman akan memahami dan berminat akan negeri China melalui menyanyikan lagu Mandarin.

Beliau berkata, koir itu akan terus membina jambatan pertukaran melalui muzik dan bahasa Mandarin agar menyumbang kepada peningkatan persefahaman dan persahabatan dalam golongan belia antara China dan Jerman.

Video

Berita Berkaitan