Presiden China, Pakistan Adakan Pertemuan di Beijing (4)

(CRI)Khamis 06 Februari 2025
Presiden China, Pakistan Adakan Pertemuan di Beijing

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Rabu.

Dalam pertemuan tersebut, Xi menegaskan bahawa China dan Pakistan mempunyai persahabatan sekukuh besi dan kedua-dua negara ini telah menjalin perkongsian strategik dalam apa jua keadaan cuaca.

Beliau berkata, China bersedia untuk berganding tangan dengan Pakistan untuk mempromosikan pemodenan masing-masing, mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Pakistan yang lebih erat pada era baharu, supaya memberikan manfaat yang lebih baik kepada rakyat di kedua-dua negara, serta memberikan sumbangan yang lebih besar kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Sementara itu, Zardari berkata bahawa Pakistan berterima kasih kepada China atas bantuan yang diberikan dalam pembangunan ekonomi dan sosial Pakistan, dan bersedia untuk belajar daripada kisah kejayaan China, mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi Koridor Ekonomi China-Pakistan dan kerjasama dalam pelbagai bidang, serta membantu Pakistan mewujudkan perindustrian dan modenisasi.

Video

Berita Berkaitan