Jenama Tempatan China Jadi Pilihan Ramai Pengguna Luar Negara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 06 Februari 2025

Daripada automobil kepada telefon pintar dan kamera aksi, jenama tempatan China kini semakin menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian pengguna luar negara.

Wang Lingjun, naib ketua Pentadbiran Am Kastam China pada tengah bulan lalu memaklumkan bahawa eksport jenama domestik China mewakili sebanyak 21.8 peratus daripada volum eksport keseluruhan pada 2024, iaitu menaik 0.8 mata peratusan dari tahun ke tahun.

Semasa berlangsungnya Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) 2025 iaitu pameran teknologi utama dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat pada baru-baru ini, jenama Insta360 yang merupakan kamera aksi buatan China telah mempamerkan kesemua barisan produknya.

Peminat teknologi sedang memerhatikan produk kamera aksi jenama Insta360 pada CES 2025 di Amerika Syarikat. (People’s Daily Online/Wang Ying)

Peminat teknologi sedang memerhatikan produk kamera aksi jenama Insta360 pada CES 2025 di Amerika Syarikat. (People’s Daily Online/Wang Ying)

Max Richter, naib presiden pemasaran Insta360 menyatakan bahawa syarikat China yang menyertai CES 2025 mewakili satu pertiga daripada sejumlah 4,000 pempamer, dengan jualannya berjaya memperbaharui rekod secara harian.

Beliau turut berkata bahawa reruai Insta360 telah menerima lebih daripada 10,000 kunjungan semasa berlangsungnya acara tersebut.

Difahamkan, antara produk yang dipertaruhkan Insta360 adalah kamera panorama dengan teknologi termaju seperti teknologi tangkapan imej 360 darjah dan pemprosesan kecerdasan buatan (AI), serta kamera aksi bersaiz ibu jari yang seberat hanya 39 gram sahaja dengan kebolehan video ultra berdefinisi tinggi (UHD) 4K.

Ketika ini, pasaran luar negara meliputi hampir 80 peratus daripada pendapatan Insta360, dengan produk-produk telah dijual di lebih daripada 200 negara dan wilayah.

Firma perunding Frost & Sullivan memaklumkan bahawa Insta360 telah menduduki tangga pertama dalam pasaran kamera panorama global buat enam tahun berturut-turut, dengan pasaran saham sebanyak 67.2 peratus.

Pada masa sama, kenderaan elektrik (EV) China yang terkenal dengan kualiti tinggi, reka bentuk berinovasi dan harga yang kompetitif turut mendapat perhatian di Thailand.

Memetik statistik yang dikeluarkan Persatuan Industri Automotif Thailand, jumlah EV berdaftar di negara itu telah mencapai sekitar 76,000 pada 2023, iaitu 12 peratus daripada semua jenis kenderaan berdaftar, dengan jenama China mendominasi kedudukan empat teratas.

Naib presiden Persatuan EV Thailand, Suroj Sangsnit berkata bahawa kemasukan lebih banyak EV China ke dalam pasaran Thailand bukan sahaja menawarkan kepelbagaian peluang, malah turut membawa teknologi termaju, yang akan membantu Thailand untuk mewujudkan rantai bekalan EV yang lengkap.

Untuk rekod, eksport automotif China yang dipacu oleh kenderaan tenaga baharu telah mencapai pembangunan memberangsangkan, apabila catatan jumlah eksport automotif negara menaik 23 peratus dari tahun ke tahun kepada 6.41 juta kenderaan dengan eksport EV melebihi 2 juta unit buat pertama kalinya.

Video

Berita Berkaitan