RCEP Bawa Peluang Baru kepada Jenama Kosmetik China

Daripada “satu daripada tiga gincu yang dieksport Perancis dibeli oleh pelanggan China”, hinggalah kini jenama kosmetik China membuka kedai fizikal di Korea Selatan dan mendapat rekomendasi Youtuber Jepun, jenama kosmetik China semakin terkemuka di peringkat antarabangsa dengan produk yang sangat inovatif dan penetapan kedudukan jenama yang agak unik.

Tahun-tahun kebelakangan ini, nilai jualan kosmetik China terus meningkat. “Kini China telah menjadi pasaran kedua terbesar di dunia,” kata Wang Maochun, naik presiden Dewan Perniagaan Import dan Eksport Produk Ubat-ubatan dan Suplemen Kesihatan. Menurut Biro Statistik Kebangsaan (NBS), jumlah nilai jualan produk kosmetik April lalu mencatat 27.6 bilion yuan (17.84 bilion ringgit), iaitu meningkat 24.3% tahun ke tahun, manakala jumlah Januari hingga April 129.9 bilion yuan (83.98 bilion ringgit), naik 9.3% tahun ke tahun. Ini disebabkan jenama kosmetik domestik seperti Florasis, Flower Knows dan Perfect Diary semakin popular di kalangan pelanggan China. Apabila sampai pesta beli-belah, jumlah jualannya bahkan melampaui beberapa jenama asing terkenal.

Pelanggan membeli produk kosmetik jenama domestik di Hohhot, Mongolia Dalam. (Foto/Ding Genhou)

Pelanggan membeli produk kosmetik jenama domestik di Hohhot, Mongolia Dalam. (Foto/Ding Genhou)

Sementara itu, jenama domestik China juga makin cepat menceburi pasaran luar negara. Ada Youtuber dari Korea Selatan yang berkata, “saya tak boleh berdandan tanpa concealer MAOGEPING.” Gincu IntoYou dilihat di salon kecantikan bintang K-pop. Di Jepun pula, susulan tutorial “Mekap China” mendapat perhatian di acara televisyen dan majalah, Flower Knows juga membuka kedai fizikal di negara itu.

Menurut Florasis, syarikatnya mula menceburi pasaran luar negara apabila menerima satu pesanan dari Australia ketika jenama itu baru saja ditubuhkan setahun. Kini produknya semakin ternama dan perniagaannya telah menjangkau ke lebih 100 negara dan wilayah melalui saluran atas talian. Dimaklumkan, Florasis membuka kedai pop-up di Harajuku, Tokyo Februari lalu, dan berancang membuka kedai fizikal pertama di luar China, iaitu di Tokyo, tahun ini.

Iklan kedai pop-up Florasis di Tokyo, Jepun. (Foto ihsan Florasis)

Iklan kedai pop-up Florasis di Tokyo, Jepun. (Foto ihsan Florasis)

Tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah eksport produk kecantikan dan dandanan menunjukkan pertumbuhan yang mantap, iaitu meningkat 8.3% kepada 5.7 dolar AS pada tahun 2022 berbanding 3.8 bilion dolar AS pada 2017. Defisit perdagangan kosmetik China mencatat 16.67 bilion dolar AS pada tahun 2022, iaitu menurun 14.3% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah nilai import produk kosmetik pula 22.39 bilion dolar AS, iaitu menurun 10.2% tahun ke tahun, manakala jumlah nilai eksport 5.72 bilion dolar AS, iaitu meningkat 17.8%.

Daripada mengimport produk asing hinggalah mengeksport produk sendiri, produk kosmetik China telah mencapai kemajuan dari segi inovasi dan kreativiti, dan menaikkan namanya di peringkat antarabangsa.

Hal ini dapat terbukti di pasaran kosmetik ASEAN. Sejak tahun 2020, Perfect Diary menjadikan negara-negara ASEAN sebagai sasaran pertama untuk menceburi pasaran luar negara. Jenama itu membangunkan portal e-dagang di negara-negara tersebut serta membuka kedai di platform e-dagang tempatan seperti Shopee dan Lazada, dan merekodkan hasil yang lumayan. Pada suku pertama tahun ini, Perfect Diary menduduki tempat pertama dalam ranking jualan lipstik di Malaysia dan ranking jualan bedak tabur di Filipina.

Bengkel pengeluaran produk kosmetik di Huzhou, Zhejiang. (Foto/He Weiwei)

Bengkel pengeluaran produk kosmetik di Huzhou, Zhejiang. (Foto/He Weiwei)

Sementara itu, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berkuat kuasa pada tahun 2022 juga membawa peluang baharu kepada jenama kosmetik China di pasaran antarabangsa. Menurut Laporan Penyelidikan Pasaran Kosmetik RCEP – ASEAN, jumlah nilai eksport kosmetik dari China ke anggota RCEP lain meningkat kepada 1.51 bilion dolar AS pada tahun 2022, iaitu 26.4% daripada jumlah nilai eksport kosmetik, berbanding 980 juta dolar AS pada tahun 2021, 20.2% keseluruhan jumlahnya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan