Impian Kereta Terbang Semakin Menjadi Realiti

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 07 Februari 2025

(Nota: Ulasan ini dihantar oleh Profesor Zhang Yangjun di Institut Kenderaan dan Mobiliti, Universiti Tsinghua, dan diterjemah oleh People’s Daily Online)

Semasa berlangsungnya Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2025 di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Januari lalu, ‘Pembawa Pesawat Darat’, iaitu kereta terbang bermodul yang dibangunkan oleh XPENG, sebuah syarikat kenderaan elektrik (EV) China, telah membuat kemunculan sulungnya.

Ia yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dari seluruh dunia itu dijangka akan dihantar kepada pelanggannya pada 2026.

Foto pesawat berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL) AE200 yang dipamerkan semasa berlangsungnya Ekspo Perdagangan Digital Global ketiga di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, pada 25 September 2024. (People’s Daily Online/Long Wei)

Foto pesawat berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL) AE200 yang dipamerkan semasa berlangsungnya Ekspo Perdagangan Digital Global ketiga di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, pada 25 September 2024. (People’s Daily Online/Long Wei)

Perlahan-lahan, angan-angan kereta terbang semakin menjadi realiti, dengan menawarkan kebarangkalian yang tidak berpenghujung dalam bidang pengangkutan pada masa depan. Tidak mustahil bahawa masa perjalanan sekitar 1 ke 2 jam akan dipendekkan kepada 10-20 minit sahaja dalam tempoh 10 tahun mendatang, sekali gus mengurangkan tekanan akibat kesesakan lalu lintas.

Hari ini, apa yang disebut mengenai kereta terbang itu sudah menjadi lebih jelas. Secara lebih spesifik, kereta terbang itu merujuk kepada kenderaan dwi-mod yang boleh dipandu di darat dan terbang udara; selain turut bermaksud pesawat berlepas dan mendarat elektronik menegak (eVTOL) yang digunakan dalam pengangkutan awam untuk konteks yang lebih luas.

Pada 2024, Persatuan Jurutera Automotif China mengeluarkan laporan penyelidikan yang pertama untuk negara berhubung kereta terbang, dan ia menyatakan bahawa pembangunan EV pintar pada abad ke-21 telah memberikan asas kukuh kepada penerbangan elektrik pintar.

Menurut laporan tersebut, eVTOL yang merupakan dalam kategori kereta terbang dijangka akan menjadi kenderaan awam seperti kereta di jalan raya, dengan mengintegrasikan teknologi elektrik pintar dan rantai perindustrian untuk pesawat dan kereta.

Melihat ke masa depan, era kereta terbang kini semakin menghampiri kepada realiti dan satu kertas putih China mengenainya menyebut bahawa pembangunan kereta terbang akan melalui tiga fasa.

Untuk fasa pertama, kereta terbang akan memasuki fasa komersial 1.0 mulai 2025, yang dimulakan dengan eVTOL kargo, sambil eVTOL penumpang akan dilaksanakan dibeberapa kawasan spesifik.

Bagi fasa seterusnya iaitu sekitar 2035, seiring memasuki fasa pembangunan 2.0, jumlah eVTOL pintar akan turut meningkat. Pesawat tersebut akan dihasilkan secara besar-besaran, dan menjadi mod utama dalam pengangkutan beraltitud rendah.

Pada fasa ketiga iaitu sekitar 2050, kereta terbang akan memasuki fasa 3.0, dicirikan oleh penggunaan besar-besaran kereta terbang amfibia yang boleh memandu di darat dan udara. Pengangkutan altitud rendah dan darat akan disepadukan secara mendalam, sekali gus mewujudkan sistem pengangkutan pintar tiga dimensi.

Pada tahun ini, Joby Aviation bersedia untuk mengkomersialkan eVTOL, lembaran baharu dalam bidang mobiliti udara bandar.

Sementara itu, Airbus yang menggunakan pengalaman luasnya dalam penerbangan tradisional serta memanfaatkan jenamanya yang terkenal pula telah memulakan projek CityAirbus NextGen. Untuk rekod, Airbus melancarkan prototaip CityAirbus NextGen eVTOL elektrik sepenuhnya dan berjaya menjalankan penerbangan sulung pada 2024, iaitu langkah besar dalam peralihannya daripada penerbangan tradisional kepada penerbangan elektrik pintar.

Sebuah kereta terbang yang dibangunkan oleh syarikat China, XPENG telah dipamerkan di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing pada 3 Mei 2024. (People’s Daily Online/Tang Ke)

Sebuah kereta terbang yang dibangunkan oleh syarikat China, XPENG telah dipamerkan di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing pada 3 Mei 2024. (People’s Daily Online/Tang Ke)

Kepakaran perindustrian dan teknologi China yang berkelas dunia dalam EV dan dron pelbagai rotor telah meletakkan asas kukuh dalam pembangunan dan penghasilan kereta terbang.

Sebagai contoh, pembuat kereta China, Changan Automobile telah bekerjasama dengan pembuat dron, EHang untuk menghasilkan pendekatan yang inovatif. Ia menyatukan teknologi automotif dan dron pelabagai rotor, secara tidak langsung menyuntik momentom baharu dalam pembangunan kereta terbang.

Pengangkutan altitud rendah berfungsi sebagai platform dan senario utama untuk aplikasi teknologi baharu seperti tenaga baharu, kecerdasan buatan, data raya dan komunikasi 5G. Ia mempamerkan hala tuju strategik untuk pembangunan ekonomi altitud rendah dan akan membentuk semula landskap pembangunan ekonomi global.

Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dan kereta terbang adalah mod pengangkutan utama untuk aktiviti ekonomi beraltitud rendah. Seperti basikal, motosikal dan kereta yang penting untuk ekonomi darat, UAV gred pengguna, UAV gred industri dan kereta terbang gred pengangkutan juga adalah sama penting dalam ekonomi beraltitud rendah.

UAV memainkan peranan utama dalam ekonomi altitud rendah dan telah beralih daripada peranti rekreasi gred pengguna kepada alat pengeluaran gred industri yang digunakan untuk aktiviti seperti pemeriksaan talian kuasa dan perlindungan pertanian dan perhutanan.

Melangkah ke hadapan, aplikasi meluas kereta terbang akan membawa manusia ke era baharu pengangkutan tiga dimensi, mewujudkan pasaran lautan biru bernilai trilion dolar Amerika untuk ekonomi altitud rendah.

Video

Berita Berkaitan