- Lain-lain
Filem China Pikat Hati Penonton Asing
Filem terbitan China yang ditayangkan di seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 turut dibawa ke layar perak seberang laut dan berjaya memikat hati ramai penonton asing.
Filem 'Creation of the Gods II: Demon Force' ditayangkan secara serentak di 16 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat (AS), Perancis, Britain dan Bulgaria.
Pada 31 Januari hingga 2 Februari, filem itu mengungguli carta jualan tiket pecah panggung di benua Amerika Utara bagi kategori filem bukan berbahasa Inggeris.
Di Perancis pula, ia menjadi filem yang diberikan markah tertinggi dalam sistem penarafan pawagam tempatan untuk tempoh sama.
Sepanjang musim perayaan TBC, panggung wayang di beberapa bandar di Sepanyol dimeriahkan dengan filem 'Detective Chinatown 1900'.
Filem detektif itu turut ditayangkan di sebanyak 213 pawagam di Amerika Utara serta 93 pawagam di Australia dan New Zealand, sekali gus membaharui rekod tayangan filem berbahasa Cina di seberang laut.
Rata-rata penonton asing sependapat bahawa filem berkenaan memperlihatkan industri perfileman China mencapai taraf tinggi dan memaparkan pesona budaya tradisional China.
Presiden Persatuan Pengkritik Filem China (CFCA) Rao Shuguang berkata tayangan serentak filem China di seberang laut sempena sambutan TBC mencerminkan kualiti filem China serta pengaruhnya di peringkat global semakin meningkat.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Pesta Filem Jalan Sutera Ke-11 di Xi'an
- 10 Filem Baharu Menanti Penonton Pada Cuti Hari Kebangsaan
- Pesta Kuih Bulan: Kutipan Tiket Filem Cecah RMB200 Juta
- Hasil Kutipan Filem Sempena Cuti Musim Panas Cecah RMB9.5 Bilion
- Jualan Pecah Panggung China 2024 Cecah Angka RMB5 Bilion
- Pesatnya Kembang Industri Penstriman China
- iQIYI Jalin Kerjasama dengan GSC Movies, Tayang Lebih Banyak Filem China di Malaysia