OIC Kutuk Cadangan Netanyahu Tubuh Negara Palestin di Arab Saudi

(CRI)Isnin 10 Februari 2025

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk keras cadangan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menubuhkan sebuah negara Palestin di Arab Saudi, dengan menyifatkannya sebagai 'tidak bertanggungjawab dan sama sekali tidak boleh diterima'.

OIC berkata kenyataan dibuat Netanyahu itu mencabul kedaulatan, keselamatan negara dan integriti wilayah Arab Saudi. Ia secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

OIC turut menegaskan kenyataan bersifat perkauman itu mencerminkan Israel terus mengabaikan hak-hak dimiliki rakyat Palestin dari segi sejarah, politik dan undang-undang di tanah air sendiri.

Video

Berita Berkaitan