- Lain-lain
Dorong Hubungan dengan China Menuju ke "50 Tahun Keemasan" - PM Thailand
Kedua-dua pihak Thailand dan China telah memulakan pelbagai aktiviti sambutan pada tahun ini yang menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, dan akan terus saling menyokong dan berganding bahu mendorong hubungan kedua-dua negara memasuki satu lagi "50 Tahun Keemasan".
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra ketika diwawancara kumpulan wartawan China semasa lawatannya di sini baru-baru ini.
Menurut Paetongtarn, persahabatan Thailand-China mempunyai sejarah panjang. Thailand mengambil berat terhadap perkembangan hubungan dengan China. Dalam lawatan kali ini, beliau terpengaruh dengan karisma Presiden Xi Jinping, yang sememangnya menunjukkan pimpinan dan kepemimpinan yang luar biasa.
Lawatan rasmi Paetongtarn di China yang bermula dari 5 hingga 8 Februari ini, merupakan yang pertama di negara Tembok Besar sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Thailand pada Ogos tahun yang lalu.
"Semangat yang saling menyokong yang disemarakkan Thailand dan China merupakan asas penting bagi pembangunan mampan hubungan kedua-dua negara," ujar Paetongtarn.
Menyentuh tentang kemajuan terkini dalam pembinaan landasan kereta api China-Thailand, beliau mendedahkan bahawa Kabinet Thailand telah meluluskan satu resolusi mengenai projek fasa kedua pembinaan landasan kereta api China-Thailand pada 4 Februari yang lalu. Sehubungan itu, projek tersebut dijangka akan dimulakan tahun ini dan berakhir menjelang tahun 2031. Pengembaraan terus dari Bangkok dari Kunming dengan menaiki kereta api boleh diwujudkan pada masa itu.
"Membanteras kegiatan penipuan telekomunikasi, perjudian dan jenayah rentas sempadan juga antara topik utama dalam jadual lawatan saya di China kali ini. Kerajaan Thailand telah mengambil tindakan berkenaan sejak penghujung tahun yang lalu. Laporan yang dibuat pada peringkat awal mendedahkan bahawa bilangan kes penipuan telekomunikasi telah berkurangan secara ketara, manakala pihaknya akan terus memberi perhatian terhadap perkembangan yang terbaharu," tambah beliau.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- China, Thailand Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan
- Xi Jinping Terima Kunjungan PM Thailand
- Fasa Kedua Projek HSR China-Thailand Dijangka Siap 2030
- TBC Simbol Ikatan Budaya China dan Thailand: PM Paetongtarn
- Polis Thailand Komited Jaga Keselamatan Rakyat China
- Bekas Duta Besar Thai ke China Beri Bayangan Hubungan Lebih Erat Menjelang Ulang Tahun ke-50
- Xi Bertemu PM Thailand
- Tentera China, Thailand Bakal Adakan Latihan Bersama
- PM Baharu Thailand Komited Rapatkan Hubungan dengan China
- PM Baharu Thainland Jangkakan Kerjasama Lebih Banyak dengan China