- Lain-lain
Xi Ucap Takziah Pemergian Sam Nujoma
Presiden China Xi Jinping pada Isnin merakamkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Namibia, Nangolo Mbumba atas pemergian pengasas dan pejuang kemerdekaan Namibia, Sam Nujoma.
Xi mewakili kerajaan dan seluruh rakyat China menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mendiang, kerajaan serta seluruh rakyat Namibia.
Beliau memuji dedikasi dan usaha presiden pertama Namibia itu dalam mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara serta kerjasama muhibah antara Afrika dengan China di sepanjang hayatnya.
Xi turut menyifatkan pemergian Nujoma sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Namibia dan juga buat rakyat China.
Ujarnya China amat menghargai jalinan persahabatan dengan Namibia dan perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara pasti akan mencapai kemajuan lebih besar.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat