TBC 2025: Renjer di Jiangxi ‘Korbankan’ Cuti Demi Jaga Hutan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 Februari 2025

Semasa tempoh percutian Tahun Baru Cina (TBC) baru-baru ini, Wang Ronghui, seorang renjer hutan meneruskan tanggungjawab hariannya untuk menjaga hutan gunung nan hijau di Provinsi Jiangxi, timur China dengan penuh dedikasi.

Foto Wong Ronghui. (People’s Daily Online/Qiu Ye)

Foto Wong Ronghui. (People’s Daily Online/Qiu Ye)

Berpakaian baju samaran serta berkain lilit lengan bertulis ‘renjer hutan’ sambil memegang parang panjang, Wang bekerja di kebun hutan yang terletak di kampung Yangzhou, kaunti Wuning, di bandar Jiujiang provinsi itu.

“Kami tidak boleh berhenti daripada terus berhati-hati, khusus ketika perayaan TBC,” kata Wang sambil menambah bahawa tempoh percutian kebiasaannya adalah merupakan waktu paling sibuk bagi renjer hutan.

Terletak di sekitar kawasan pemandangan Lushan Xihai, kebun hutan nan indah tersebut kerap dikunjungi pemancing ikan. Tanggungjawab Wang adalah untuk mengingatkan kepada pelawat supaya tidak bermain api, mematikan api puntung rokok dengan sempurna, serta berhati-hati terhadap kemungkinan seperti kebakaran, pembalakan haram, dan kecurian.

Perjalanan Wang daripada seorang penghuni bandar kepada renjer hutan adalah tidak disangka-sangka.

Pada 2015, dia yang berusia 47 tahun ketika itu nekad membuat keputusan untuk menjadi renjer hutan, sekali gus mengetepikan hasrat keluarga dan rakan-rakannya. Sejak itu, sungai dan gunung-ganang telah menjadi sahabat hariannya.

Foto sudut udara ini memaparkan kebun hutan di kampung Yangzhou, kaunti WUning, bandar Jiujiang di Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Li Ning)

Foto sudut udara ini memaparkan kebun hutan di kampung Yangzhou, kaunti WUning, bandar Jiujiang di Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Li Ning)

Menurut penceritaan Wang, dia berkongsi bahawa penyelianya ketika itu gusar sekiranya Wang tidak dapat bertahan lama. Namun, hari demi hari, cintanya terhadap hutan semakin mendalam. Kini, dia menghabiskan masa selama dua jam untuk menjaga sekitar 1,333.33 hektar hutan kebangsaan yang dilindungi.

“Saya sudah terbiasa dengan kawasan ini – tanamannya, pokok-pokok dan burung yang berkicauan. Malah, denainya juga seperti masih segar di mata saya,” kongsinya dengan penuh semangat.

Kini, dengan ekosistem yang semakin bertambah baik, hutan tersebut turut menyaksikan pertambahan jumlah haiwan liar seperti arnab dan kijang. Kata Wang, tanpa disangka-sangka, dia juga sering bertembung dengan babi hutan.

Dalam aplikasi mini berkaitan rondaan yang terdapat dalam telefon pintar Wang menunjukkan bahawa setakat 4 Februari, dia telah bekerja tanpa rehat selama 35 hari tahun ini, dengan menempuh perjalanan sejauh 381 kilometer.

Untuk rekod, sepanjang 11 tahun yang lalu, ladang hutan tidak pernah mengalami kejadian besar pembalakan haram atau kebakaran. Di samping itu, kadar liputan hutan telah mencapai lebih 99 peratus.

Semestinya, pencapaian ini tersebut juga tidak akan berjaya tanpa adanya komitmen Wang. Ketika ini juga, terdapat lebih 20 renjer hutan seperti Wang di Wuning, yang gigih bekerja di kawasan paling jauh di kebun hutan.

Video

Berita Berkaitan