- Lain-lain
China Bakal Dorong Pelancongan Mesra Warga Emas, Tawar Lebih Banyak Kereta Api Khusus
Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan bahawa China telah memperkenal pelan tindakan untuk mengembangkan dan menambah baik perkhidmatan kereta api pelancongan yang mesra warga emas.
Inisiatif yang dikeluarkan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan dengan lapan agensi kerajaan dan syarikat-syarikat milik negara itu bertujuan untuk merancakkan pasaran pelancongan, mempromosi penggunaan perkhidmatan, dan memenuhi permintaan terhadap pilihan perjalanan mesra warga emas yang semakin bertambah.
Menurut Xinhua, antara inisiatif yang dilakukan adalah mengumpul maklumat daripada orang awam untuk mengenal pasti permintaan untuk perkhidmatan kereta api warga emas, di samping usaha untuk memperkenalkan pelbagai produk perjalanan yang dikhususkan.
Difahamkan, langkah-langkah akan diambil untuk menambah baik kereta api agar menjadi lebih mesra warga emas, hijau dan selesa, yang turut akan disokong oleh program tukar beli barangan pengguna dan penambahbaikan peralatan berskala besar China, serta mewujudkan laluan perjalanan dan produk khusus untuk warga emas.
Lapor Xinhua, pelan tindakan itu turut memfokuskan kepada penyelarasan yang ditambah baik antara kereta api pelancongan dan kawasan-kawasan pemandangan, menggalakkan destinasi pelancongan tempatan agar menawarkan perkhidmatan yang khusus seperti tempahan, laluan hijau, jaringan pengangkutan dan perkhidmatan bantuan khusus untuk pengembara warga emas.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Xi Sampaikan Salam kepada Warga Emas di Ambang Pesta Chongyang
- Golongan Warga Emas, Salah Satu Tumpuan Pentadbiran Xi
- Xi Sampaikan Salam kepada Warga Emas di Ambang Pesta Chongyang
- Dasar ‘Ekonomi Perak’ China Pamer Potensi Perniagaan Sangat Besar
- “Emas” Pulangan Jaga “Warga Berambut Perak”
- Gen Z Suntik Kedinamikan kepada Industri Jagaan Warga Emas
- Warga Emas China Bakal Nikmati "Lingkaran Perkhidmatan 15 Minit"