- Lain-lain
AS Digesa Tinggalkan Mentaliti Campur-Tolak
China menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya meninggalkan mentaliti campur-tolak, membetulkan tindakan salah, kembali ke landasan yang tepat dalam sistem perdagangan multilateral serta bekerjasama dengan negara lain bagi menangani kebimbangan masing-masing menerusi rundingan secara saksama.
Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) He Yongqian dalam sidang media pada Khamis ketika menjawab pertanyaan mengenai tindakan AS menaikkan tarif ke atas import keluli dan aluminium.
He berkata langkah AS tersebut merupakan amalan unilateralisme dan perlindungan perdagangan yang tipikal.
Hakikatnya, pada 2022 panel Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah memutuskan tarif Seksyen 232 AS melanggar peraturan WTO.
Bagaimanapun, AS bukan sahaja mengekalkan tarif sedia ada di bawah Seksyen 232 ke atas keluli dan aluminium, malah turut menaikkan lagi tarif terhadap produk aluminium.
Amalan seumpama menjejaskan hak dan kepentingan negara lain, merosakkan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan serta memberi impak kepada rantaian bekalan global, kata jurucakap itu.
- Kenyataan Setiausaha Negara AS Terhadap China, Penuh Provokasi dan Prejudis
- Tinjauan CGTN: Amalan Hegemoni AS Undang Kritikan
- AS Digesa Betulkan Pandangan Salah terhadap China
- Niat AS Canang 'Volt Typhoon' Terpampang Jelas
- China Beri Amaran kepada Pesawat AS Lintas Selat Taiwan
- Tinjauan Pendapat Global: Kutuk AS Langgar Peraturan WTO Sewenang-wenangnya
- Netizen Global Kutuk AS Guna Hegemoni di Sukan Olimpik
- AS Digesa Betulkan Polisi Diskriminasi atas Industri NEV China
- China Kecam AS Kena Sekatan Ikut Dusta
- AS Digesa Hormati Kedaulatan dan Kepentingan China