Tanah Lembap Tasik Garam di Shanxi Jadi Syurga Burung Hijrah Pada Musim Sejuk

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 17 Februari 2025
Tanah Lembap Tasik Garam di Shanxi Jadi Syurga Burung Hijrah Pada Musim Sejuk
Foto angsa kokol sedang berenang santai di Tasik Garam Yuncheng di Provinsi Shanxi, utara China.

Mutakhir ini, tanah kembang di sekitar Tasik Garam Yuncheng di bandar Yuncheng, Provinsi Shanxi di utara China tampil dengan pemandangan nan indah apabila dibanjiri oleh kehadiran flamingo, angsa kokol, dan burung dunlin.

Dengan senario yang begitu segar, ia yang telah menarik ramai pengunjung dari dekat mahupun jauh itu secara tidak langsung menggambarkan keadaan ekologi persekitaran di yang semakin memulih di kawasan tanah lembap itu.

Difahamkan, Yuncheng telah membuat kemajuan signifikan dalam pembaikpulihan ekologi menerusi langkah seperti membuat jaringan air dan mewujudkan pasukan pengawas tasik, sekali gus meningkatkan kualiti air dan biodiversiti, dengan jumlah angsa di tasik itu bertambah mendadak pada tahun ini sehingga mencapai angka 243.

Pada masa sama, tasik garam itu turut menjadi salah satu daripada beberapa habitat bagi pembiakan masa panjang di China yang dapat disaksikan melalui penambahan keluarga flamingo.

Sejak 2014, flamingo telah kembali ke tasik itu pada setiap kali tibanya musim sejuk, dengan angkanya bertumbuh daripada hanya empat kumpulan kepada enam hingga lapan pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada ketika ini, tasik itu mempunyai lebih daripada 200 spesies burung, dengan kelibat flamingo, angsa kokol dan burung leher jenjang Eurasian di situ menghasilkan pemandangan yang mengujakan.

Foto menunjukkan flamingo yang membanjiri Tasik Garam Yuncheng, di Provinsi Shanxi, utara China.
Pelawat sedang mengambil gambar angsa kokol di Tasik Garam Yuncheng di Provinsi Shanxi, utara China.
Burung dunlin sedang mencari makanan di Tasik Garam Yuncheng, di Provinsi Shanxi, utara China.
Foto flamingo di Tasik Garam Yuncheng di Provinsi Shanxi, utara China.

Video

Berita Berkaitan