- Lain-lain
China Hantar Kumpulan Baharu Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza
Kedutaan China ke Palestin pada Isnin menandatangani dokumen dengan Menteri Pembangunan Sosial Palestin, Samah Hamad berkaitan penghantaran kumpulan bantuan kemanusiaan baharu daripada kerajaan China untuk disalurkan ke Gaza.
Pemangku Pesuruhjaya Pejabat Kedutaan China di Palestin, Li Xin berkata bahawa kumpulan bantuan ini merupakan komponen penting dalam pelaksanaan langkah-langkah bantuan China kepada Palestin yang diumumkan pada tahun 2024.
Ujarnya, China akan bekerjasama dengan Organisasi Amal Hashim Jordan untuk menyediakan pek makanan kepada 60,000 keluarga di Gaza.
Li berkata, tidak kira bagaimana keadaan berubah, China akan terus memberikan sokongan teguh kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak-hak mereka, dan akan berusaha untuk mencapai penyelesaian yang adil bagi isu Palestin berdasarkan penyelesaian dua negara seawal mungkin.
Sementara itu, Samah Hamad pula menyatakan bahawa kerajaan Palestin menyanjung tinggi pendirian China yang adil dan mengucapkan terima kasih kerana sentiasa menghulurkan bantuan yang pelbagai bentuk kepada Palestin.
Pihaknya menantikan peranan besar yang dimainkan China dalam mendorong kedamaian dan kestabilan serantau.
- Kisah Inspirasi: Doktor China di Barisan Hadapan di Vanuatu
- China Serah 35 Tan Bekalan Bantuan Kecemasan Buat Vanuatu
- China Hantar Empat Pakar Bantu Pembangunan Semula Pasca Gempa Vanuatu
- China Serah Dua Kumpulan Lagi Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza
- China Komited Terus Derma Dana kepada CERF
- Pasukan Pakar Perubatan China Tiba di Vientiane
- Bahan Bantuan China Diserahkan kepada Lubnan
- China akan Beri Layanan Tarif Sifar kepada Negara Paling Kurang Membangun
- China Sumbang Dana kepada UNRWA, Tingkat Bantuan ke Gaza
- China Hulur Bantuan kepada Papua New Guinea Tangani Bencana