Myanmar Tangkap 250 Lagi PATI di Myawaddy

(CRI)Khamis 20 Februari 2025

Pihak Berkuasa Myanmar menahan 250 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Myawaddy pada Rabu, dan komited untuk mempercepat proses mengenalpasti identiti kesemua 1,553 PATI yang ditahan pada tempoh 30 Januari hingga 19 Februari, sekaligus dapat mempercepat proses penghantaran pulang mereka ke negara asal.

Pada hari yang sama pegawai kanan dan wakil dari Myanmar, China dan Thailand turut mengadakan mesyuarat dan menyuarakan komitmen masing-masing untuk memperkukuhkan kerjasama membanteras jenayah penipuan telekomunikasi dan perjudian dalam talian, sekaligus membincangkan penyerahan dan penghantaran pulang PATI ke negara masing-masing.

Video

Berita Berkaitan