UK, Ukraine Capai Perjanjian Pinjaman £2.26 Bilion

(CRI)Isnin 03 Mac 2025

Pertelagahan sengit berlaku antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy semasa pertemuan di Rumah Putih pada 28 Feb lalu.

Oleh itu, perjanjian mineral kedua-dua negara itu gagal ditandatangani.

Selepas itu, Zelenskyy meninggalkan AS dan meneruskan lawatan ke United Kingdom.

Menurut hantaran Zelenskyy di media sosial, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer di London pada 1 Mac.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Setiausaha Jabatan Perbendaharaan Britain, Darren Jones melalui ciapan di media sosial berkata, Canselor Rachel Reeves dan Menteri Kewangan Ukraine Sergei Marchenko telah menandatangani perjanjian tentang pinjaman berjumlah 2.26 bilion pound, dan dana itu akan digunakan untuk meningkatkan daya pertahanan Ukraine.

Video

Berita Berkaitan