- Lain-lain
41 Khazanah Budaya yang Hilang Dikembalikan ke China dari AS
Foto oleh ncha.gov.cn
Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan (NCHA) hari ini mengumumkan bahawa sebanyak 41 khazanah dan hasil seni telah dikembalikan oleh Pejabat Peguam Daerah Manhattan di New York, Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita China Daily.
Difahamkan, barangan tersebut merangkumi dari zaman Neolitik ke zaman Dinasti Qing (1644-1911) termasuk pokok wang gangsa, tembikar li, gangsa zun dan patung kecil tembikar yang mewakili pelbagai kategori seperti tembikar, jed, gangsa dan artifak Buddha.
Menurut China Daily, setelah dianalisis oleh pakar, artifak tersebut dikatakan mempunyai nilai sejarah yang signifikan, artistik, dan saintifik, serta dikategorikan sebagai khazanah budaya Cina yang haram dieksport.
Terdahulu pada November 2024, NCHA telah bekerjasama dengan Konsulat Jeneral China di New York untuk mempermudah pemulangan khazanah dari Pejabat Peguam Daerah Manhattan.
Sejak Memorandum Persefahaman antara China dan AS ditandatangani pada 2009, ia telah diperbaharui sebanyak tiga kali (2014,2019,2024), yang menyaksikan sebanyak 594 khazanah budaya dan hasil seni dikembalikan ke China menerusi 20 kumpulan.
Foto oleh CCTV.com
Foto oleh CCTV.com
Foto oleh ncha.gov.cn
Foto oleh ncha.gov.cn
Foto oleh ncha.gov.cn