Pemandangan Bunga Sesawi Nan Indah di Hua’an Tarik Kehadiran Pengunjung
 |
Foto memaparkan pemandangan indah dari sudut udara di kompleks Tulou dan bunga sesawi di kampung Dadi, perbandaran Xiandu, kaunti Hua’an, Zhangzhou, Provinsi Fujian. (People’s Daily Online/Li Changqian) |
Mutakhir ini, bunga sesawi telah bermekaran sepenuhnya di kampung Dadi, perbandaran Xiandu, kaunti Hua’an, Zhangzhou, Provinsi Fujian di tenggara China.
Angin musim bunga yang menghembus gelombang bunga yang berwarna keemas-emasan di ladang sekali gus menghasilkan satu pemandangan yang menakjubkan dan bersepadu dengan kompleks Tulou, iaitu bangunan yang diperbuat daripada tanah.
Untuk rekod, kompleks Tulou di Hua’an telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada Julai 2008.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kawasan tersebut telah memanfaatkan status Warisan Dunianya untuk mendorong bidang ekopelancongan.
Dengan menanam bunga sesawi di samping bunga-bunga lain, ia secara tidak langsung telah menambah keindahan landskap sedia ada, mempromosi pembangunan bersepadu pelancongan dan kebudayaan, serta memberikan pengalaman yang lebih mengasyikkan buat pengunjung.
 |
Foto sudut udara pemandangan indah dari sudut udara di kompleks Tulou dan bunga sesawi di kampung Dadi. (People’s Daily Online/Li Changqian) |
 |
Pelancong bersiar-siar di kampung Dadi. (Foto ihsan pusat media gabungan kaunti Hua’an) |
 |
Foto sudut udara pemandangan indah dari sudut udara di kompleks Tulou dan bunga sesawi di kampung Dadi. (People’s Daily Online/Li Changqian) |
 |
Foto memperlihatkan pemandangan indah kompleks Tulou dan bunga sesawi di kompleks Tulou dan bunga sesawi di kampung Dadi. (Foto ihsan pusat media gabungan kaunti Hua’an) |
 |
Seorang pelancong bergambar di tengah-tengah bunga sesawi di kampung Dadi. (Foto ihsan pusat media gabungan kaunti Hua’an) |
 |
Seorang pelancong bergambar di tengah-tengah bunga sesawi di kampung Dadi. (Foto ihsan pusat media gabungan kaunti Hua’an) |
 |
Foto menunjukkan figura yang diperbuat daripada straw di kawasan pemandangan kampung Dadi. (Foto ihsan pusat media gabungan kaunti Hua’an) |