- Lain-lain
Xi Mahu Jiangsu Mainkan Peranan Utama dalam Pembangunan Negara
Presiden China Xi Jinping berkata, provinsi Jiangsu dikehendaki memainkan peranan utama dalam memperjuangkan matlamat pembangunan "Rancangan Lima Tahun ke-14".
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam sesi perbincangan dengan perwakilan dari provinsi Jiangsu semasa berlangsungnya Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 di Beijing pada Rabu.
Xi menunjukkan bahawa pembangunan kuasa produktif berkualiti baharu boleh diterjemahkan melalui inovasi dalam bidang sains teknologi serta perindustrian.
"Pelbagai pihak berkenaan perlu berpegang teguh kepada ekonomi sebenar semasa melakukan inovasi perindustrian.
“Pengubahsuaian dan penaiktarafan industri tradisional, penerokaan industri strategik yang baharu muncul, dan industri berorientasikan masa depan yang akan menjadi rebutan dalam persaingan, perlu diberi perhatian bersama.
“Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan gabungan sains teknologi dengan perindustrian dalam inovasi, membina platform untuk menambahbaik sistem dan mekanisme, mengukuhkan kedudukan sektor korporat sebagai peneraju inovasi, dan mengeratkan hubungan antara rantaian inovasi dengan rantaian perindustrian,” kata beliau.
Xi berkata, provinsi Jiangsu dikehendaki menjadi perintis dalam usaha menghapuskan rintangan dan menjana momentum bagi memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan keterbukaan.
“Visi dan misi yang dikemukakan dalam satu simposium dengan usahawan swasta yang diadakan tidak lama dahulu perlu dilaksanakan sepenuhnya, berdasarkan penyeragaman layanan untuk setiap perusahaan yang hak miliknya berbeza-beza.
“Hendaklah berusaha mengoptimumkan ekosistem perniagaan, terus meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi dan memperluas ruang kerjasama antarabangsa,” kata Xi.
"Provinsi yang maju dalam bidang ekonomi wajib diteladani dalam menimba pengalaman dan mewujudkan kemakmuran bersama demi kesejahteraan rakyat seluruh negara," tambah beliau.
- Sidang Ketiga NPC ke-14 Bermula Esok
- Sidang Akhbar Sidang Tahunan NPC akan Diadakan 4 Mac
- Pusat Penerangan "Dua Sidang" 2025 Dibuka Hari Ini
- Xi Mahu Tanggungjawab dan Tindakan Baharu Perkasa Modenisasi Ala China
- Tarikh Sidang Tahunan NPC dan CPPCC 2025 Ditetapkan
- Aktiviti Tangkap Ikan Musim Sejuk Bawa Keseronokan di Jiangsu
- Buku Xi, "Martabatkan Sistem Kongres Rakyat Kebangsaan" Diterbitkan
- NPC Bersidang di Beijing, Lulus Undang-undang Pendidikan Prasekolah
- Wartawan LAC Jumpa Raja Monyet di Taman Tema
- Tingkatkan Keyakinan Diri Martabatkan Sistem Politik NPC – Xi