Penternak Lepaskan Anak Benih Ketam ke Dalam Kolam di Gaochun

Di sepanjang pantai Tasik Gucheng di daerah Gaochun, Nanjing, Provinsi Jiangsu di timur China, penternak ketam berdiri di atas bot masing-masing dan kemudiannya melepaskan anak benih bersaiz syiling ke dalam kolam.

Penternakan ketam ialah industri khusus di Gaochun, melibatkan lebih 100,000 petani dan menjana nilai keluaran lebih daripada RMB10 bilion (kira-kira AS$1.38 bilion) setiap tahun.

Foto penternak sedang melepaskan anak benih ketam ke dalam kolam. (Oleh Wei Hongwei)

Foto penternak sedang melepaskan anak benih ketam ke dalam kolam. (Oleh Wei Hongwei)

Liu Shidian, yang merupakan pengarah teknikal koperasi anak benih ketam dan udang di Gaochun berkongsi bahawa 15,000 kilogram anak benih ketam yang diusahakan oleh pihaknya telah laris ditempah sebelum Tahun Baru Cina.

Jelasnya, anak benih ketam itu akan dilepaskan ke dalam kolam apabila suhu air mencecah 5 darjah Celsius.

Foto anak ketam yang sungguh bertenaga. (Oleh Wei Hongwei)

Foto anak ketam yang sungguh bertenaga. (Oleh Wei Hongwei)

“Penternak ketam di Gaochun fokus kepada pasaran ketam premium, sekali gus menyaksikan anak benih berkualiti tinggi cepat habis dijual,” ujar Zhao Huailiang, pengarah jualan di Syarikat Jiangu Huahai Seedling Technology.

Pada tahun lalu, syarikatnya memperkenalkan ‘Jinnong No. 1’, iaitu ketam yang mengandungi 8 ke 10 peratus lebih banyak isi yang boleh dimakan berbanding jenis lain, selain mempunyai kos makanan sebanyak 25 peratus lebih murah, secara tidak langsung menjadi kegemaran dalam kalangan penternak tempatan.

Pada 2013, syarikat tersebut telah mengenal pasti isu kekurangan anak benih ketam berkualiti tinggi sebagai satu halangan utama. Kebiasaannya, penternak pada waktu dahulu bergantung kepada pengalaman untuk memilih dan menternak, yang mengakibatkan pembiakbakaan dalam dan kemerosotan genetik.

Justeru, bagi menangani isu tersebut, syarikat itu bekerjasama dengan Universiti Pertanian Nanjing dan berjaya mencipta ‘Jinnong No.1’

Pada 2023, ‘Jinnong No.1’ secara rasmi diluluskan sebagai baka ketam sungai baharu oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China.

Foto sudut udara memaparan kawasan pembiakan ketam di daerah Gaochun. (Ihsan pusat media gabungan daerah Gaochun)

Foto sudut udara memaparan kawasan pembiakan ketam di daerah Gaochun. (Ihsan pusat media gabungan daerah Gaochun)

Xing Bangjian, ketua sebuah koperasi akuatik yang mengendalikan 200 mu (13.33 hektar) kolam ketam berkata penternakan ketam pada sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada pengalaman, dan memerlukan penternak untuk mengawasi kolam secara kerap.

Sejak 2022, Gaochun telah mempromosi penternakan pintar ketam, dan Xing merupakan antara yang pertama menggunakannya. Sistem akuakultur pintar akan mengensan pertumbuhan ketam, dan memerhatikan parameter air penting seperti kadar oksigen, suhu dan nilai pH.

“Tahun lalu, saya memperkenalkan pembiakan bersama ketam kakap di kolam bersaiz 30 mu saya, dan membawa masuk hampir RMB260,000," kata penternak ketam Tan Fengya.

Pada masa ini, lebih daripada 2,000 mu kolam di Gaochun telah menerima pendekatan pembiakan bersama ketam kakap, dengan peningkatan keuntungan setiap mu sebanyak lebih RMB5,000 yuan.

Untuk rekod, Gaochun mendahului di China dengan memperkenalkan amalan akuakultur digital dan pintar, dengan lebih 75 peratus daripada 224,900-mu kolam ketamnya kini menggunakan sistem penternakan pintar.

Video

Berita Berkaitan