- Lain-lain
Lebih 90 Peratus Klinik Kampung China Dilindungi Insurans Perubatan Asas
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) mengumumkan bahawa lebih daripada 90 perkhidmatan klinik di bahagian kampung di China dilindungi oleh insurans perubatan asas, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.
Ketua NHC, Lei Haichao, dalam sidang media ‘Lianghui’ berkata bahawa kini terdapat lebih daripada 600,000 institusi penjagaan kesihatan akar umbi di pekan, komuniti dan kampung seluruh negara, dengan lebih daripada 5 juta petugas kesihatan yang sedang berkhidmat.
Lei dipetik Xinhua menyatakan bahawa Kementerian Kewangan telah membelanjakan sekitar RMB900 juta (AS$128.6 juta) bagi membantu pusat kesihatan bertaraf perbandaran di wilayah tengah dan barat China untuk menambah baik peralatan perubatan masing-masing.
Memandang ke hadapan, beliau turut berkata bahawa China akan terus melipat ganda usaha dalam penambahbaikan perkhidmatan perubatan awam di peringkat akar umbi.
Jelas Lei, menjelang 2027, sumber perubatan dan perkhidmatan di kaunti, perbandaran dan kampung di bawah bidang kuasa sesebuah kaunti akan diintegrasikan dalam usaha untuk menawarkan kualiti perkhidmatan perubatan yang lebih baik.
Beliau turut memberitahu bahawa kecerdasan buatan (AI) juga akan dimanfaatkan untuk mendorong kapasiti perkhidmatan perubatan peringkat akar umbi.
Antara lain yang dimaklumkan Li adalah kerajaan turut merancang untuk membelajakan lebih banyak buat perkhidmatan kesihatan dan perubatan pada 2025.
Lei berkata, subsidi kerajaan per kapita untuk perkhidmatan kesihatan awam asas dijangka akan bertambah sebanyak RMB5 pada tahun ini, sekali gus menjadi jumlah untuk seorang warganya sebanyak RMB99.