Xi Lawat Universiti Perubatan Tentera Darat di Chongqing

(CRI)Khamis 25 April 2024

Hendaklah memangkin agenda pemerkasaan tentera pada era baharu, melaksanakan dasar pendidikan ketenteraan secara menyeluruh yang menyasarkan medan perang, bertapak di pasukan tentera dan menghadapi masa depan, menambah baik tahap pendidikan dan jaminan perubatan, dan memperjuangkan matlamat membina satu universiti perubatan tentera yang bertaraf dunia.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika melawat Universiti Perubatan Tentera Darat di bandar Chongqing pada Selasa.

Xi menekankan bahawa Universiti Perubatan Tentera Darat sebagai satu institusi pendidikan perubatan ketenteraan peringkat tinggi, merupakan komponen penting dalam sistem pasukan perkhidmatan perubatan tentera di China. Usaha perlu dibuat untuk bersungguh-sungguh menggalakkan penyelidikan saintifik dan inovasi dalam perubatan istimewa, memperkukuh dominasi tradisional, menerajui pembangunan frontier, dan bersemangat gigih membuat lonjakan besar dalam perubatan ketenteraan, selain memperkasakan jaminan perubatan demi kesihatan fizikal dan mental anggota tentera.

Video

Berita Berkaitan