Pasaran Hartanah China Terus Stabil, Sokongan Dasar Kerajaan Dorong Keyakinan

Pemandangan di sebuah projek perumahan yang sedang dibina di Hangzhou, Provinsi Zhejiang di timur China pada 9 Mei 2024. Pada hari sama, bandar tersebut telah mengumumkan untuk menarik semula sekatan bagi semua pembelian rumah, sekali gus menjadi bandar pertama di China yang menghapuskan sekatan dalam usaha menyokong pasaran haratanah seluruh negara. (Foto VCG)

Pemandangan di sebuah projek perumahan yang sedang dibina di Hangzhou, Provinsi Zhejiang di timur China pada 9 Mei 2024. Pada hari sama, bandar tersebut telah mengumumkan untuk menarik semula sekatan bagi semua pembelian rumah, sekali gus menjadi bandar pertama di China yang menghapuskan sekatan dalam usaha menyokong pasaran haratanah seluruh negara. (Foto VCG)

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar, Ni Hong memaklumkan bahawa pasaran hartanah China terus memulih pada Januari dan Februari, sekali gus memperlihatkan tanda kestabilan, lapor agensi berita Global Times pada Ahad.

Menurut beliau, pada suku keempat tahun lalu, kadar penjualan rumah dan nilai transaksi rumah komersial yang baru dibina kembali kepada pertumbuhan positif. Sejak September, dasar perumahan bersasar telah membantu permintaan berkait hartanah dan melonjak keyakinan pasaran.

Difahamkan, China telah berjaya mencapai sasaran tahunannya untuk menyiapkan rumah pra-jualan pada tahun lalu, yang melindungi hak asasi pembeli rumah.

Ni berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan jabatan kerajaan yang lain untuk melaksanakan pendekatan seimbang untuk langkah jangka pendek dan panjang, serta menangani cabaran dan isu utama bagi memastikan kestabilan pasaran hartanah.

Beliau turut menekankan tentang keperluan untuk memanfaatkan pemotongan cukai sebaik mungkin, meningkatan pinjaman dan mengurangkan cukai untuk memberi faedah kepada lebih ramai orang.

Kementerian itu juga menyatakan komitmennya untuk mengembangkan bantuan kredit di bawah mekanisme senrai putih, secara tidak langsung memastikan semua projek hartanah yang layak dapat menerima pembiayaan yang mencukupi agar pembinaan dapat siap seperti yang dijadualkan.

Sementara itu, NI menekankan keperluan untuk memperbaharui dan meningkatkan sistem asas bagi pembangunan hartanah, pembiayaan dan jualan, sambil mempercepatkan peralihan kepada model pembangunan hartanah baharu di China.

Jelasnya, inisiatif itu bertujuan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perumahan berkualiti tinggi, menggalakkan pembinaan rumah yang selamat, selesa, hijau dan pintar, serta memastikan pertumbuhan yang stabil dan mampan bagi pasaran hartanah.

Video

Berita Berkaitan