PBB Bincang Langkah Mendepani Isu Dadah Global

(CRI)Selasa 11 Mac 2025

Sesi ke-68 Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuka tirai di Vienna, Austria pada Isnin.

Mesyuarat tersebut mengumpulkan wakil dari negara-negara anggota, agensi PBB, organisasi kerajaan dan sektor swasta untuk menilai perlaksanaan polisi kawalan dadah antarabangsa dan meneroka langkah-langkah untuk menangani isu dadah global.

Para perwakilan mengadakan perbincangan secara mendalam merangkumi pelbagai topik antaranya kawalan dadah baharu, pengurangan permintaan dadah, pembangunan alternatif dan pemulihan dadah, di samping melakukan undian bagi bahan-bahan yang dicadangkan untuk dikawal.

Selain itu, mesyuarat juga mengadakan beberapa acara sampingan dan pameran khas untuk berkongsi pengalaman dan hasil kerjasama pelbagai negara dalam membanteras dadah.

Delegasi China dijadual akan menyampaikan pendapat dan cadangan mengenai tadbir urus dadah global, pencegahan dadah dalam kalangan belia dan pembangunan alternatif, di samping akan menyertai perbincangan mengenai beberapa draf resolusi untuk menunjukkan tanggungjawab dan komitmen China dalam usaha kerjasama anti-dadah antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan