- Lain-lain
Usah Main Tipu Muslihat Basi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan lagi tarif tambahan sebanyak 10 peratus terhadap produk China berkuatkuasa 4 Mac, dengan menjadikan isu fentanyl sebagai dalih.
Perbuatan AS itu dianggap sebagai amalan buli yang tipikal dan jelas membelakangi peraturan perdagangan antarabangsa, sekali gus menjejaskan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Sebagai tindak balas, China telah mengemukakan saman terhadap AS berikutan tarif tambahan itu dan diserahkan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Malah China turut menambah tarif terhadap sesetengah produk AS, serta memasukkan syarikat AS yang terlibat ke dalam senarai entiti tidak dipercayai dan senarai dikenakan kawalan eksport.
Apa yang dilakukan China merupakan satu tindakan yang wajar dan munasabah, sekali gus mencerminkan komitmennya untuk mempertahankan hak dan kepentingan negara serta sistem perdagangan multilateral.
Pada awal Februari tahun ini, AS mengumumkan tarif tambahan sebanyak 10 peratus terhadap China dengan menggunakan dalih yang sama. Penganalisis berpendapat bahawa adalah sangat tidak masuk akal bagi AS untuk mengaitkan isu fentanyl dengan tarif.
Tindakan AS itu dilihat cuba untuk mempolitikkan isu tersebut dan bertujuan mencari alasan bagi meningkatkan 'perang tarif'.
AS merupakan negara pengeluar dan pengguna ubat jenis fentanyl paling besar di dunia. Jika melihat isu berkenaan dari akar umbi, penyalahgunaan fentanyl adalah 'krisis domestik' negara itu.
Pada 4 Mac, China mengeluarkan kertas putih yang memberi perspektif menyeluruh mengenai usaha dan langkah inovatif yang dilakukan negara Tembok Besar dalam mengawal bahan berkaitan fentanyl.
China merupakan antara negara yang melaksanakan dasar kawalan dadah paling ketat dan menyeluruh di dunia.
Dengan menjunjung semangat kemanusiaan, China telah menghulurkan sokongan kepada AS untuk menangani isu fentanyl pada beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi AS memanipulasikan isu fentanyl pula untuk mengenakan tarif tinggi terhadap China.
Sekiranya betul-betul ingin menyelesaikan isu berhubung fentanyl, AS sepatutnya mengadakan rundingan dengan China secara sama rata.
Namun jika AS masih berdegil mencetuskan perang tarif, China akan terus bertindak balas terhadap sebarang agenda negara itu.
- Tinjauan CGTN: Mexico Terpaksa oleh AS Kena Tambahan Tarif kepada China
- AS Batal Konsesi Petroleum dengan Venezuela
- Memorandum Dasar Pelaburan "AS Pertama" Bersifat Diskriminasi
- AS Digesa Tinggalkan Mentaliti Campur-Tolak
- Kenyataan Setiausaha Negara AS Terhadap China, Penuh Provokasi dan Prejudis
- Tinjauan CGTN: Amalan Hegemoni AS Undang Kritikan
- AS Digesa Betulkan Pandangan Salah terhadap China
- Niat AS Canang 'Volt Typhoon' Terpampang Jelas
- China Beri Amaran kepada Pesawat AS Lintas Selat Taiwan
- Tinjauan Pendapat Global: Kutuk AS Langgar Peraturan WTO Sewenang-wenangnya