- Lain-lain
Kerjasama Berkualiti Tinggi BRI Cipta Peluang Untuk Pertumbuhan Global
Tatkala fahaman perlindungan yang kian meningkat serta menghadapi globalisasi ekonomi, masyarakat antarabangsa dilihat memerhati secara rapat cara tentang kerjasama China dengan rakan kongsi dalam usaha memacu pembangunan bersama.
Tahun lalu, China secara aktif membina sistem baharu untuk ekonomi terbuka peringkat lebih tinggi, sambil mencapai kemajuan yang boleh diukur dalam kerjasama Jalur dan Laluan berkualiti tinggi.
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), yang dikemukakan China, tertegak sebagai satu kepentingan awam antarabangsa yang penting, dan berfungsi sebagai platform penting untuk memupuk globalisasi ekonomi yang bermanfaat serta inklusif secara universal.
Foto kereta api sedang melalui Rel Kereta Api China-Laos di Yuxi, Provinsi Yunnan pada 17 November 2024. (People’s Daily Online/Zheng Yi)
Dibina berdasarkan prinsip merancang bersama, membina bersama dan mendapat manfaat bersama, BRI telah menarik penyertaan daripada lebih 150 negara dan 30 pertubuhan antarabangsa. Sektor dan skop kerjasama BRI turut terus berkembang, sementara taraf kerjasama juga telah dipertingkat.
Inisiaitf ini telah mewujudkan platform kerjsama untuk pembangunan sejagat, dan membantu banyak negara membangun dalam mempercepat usaha pemodenan mereka.
BRI mencerminkan visi China untuk merapatkan jurang pembangunan global. Menerusi rangka kerja usaha sama pelbagai peringkat dan sistematik, ia menangani cabaran utama dalam pembangunan global secara terus.
Inisiatif tersebut juga memperkuat asas pembangunan melalui ‘kesalinghubungan keras’ dalam infrastruktur, menghapuskan sekatan keinstitusian melalui ‘kesalinghubungan lembut’ dalam penyelarasan dasar, dan memupuk keakraban antara rakyat menerusi ‘kesalinghubungan antara rakyat dengan rakyat’.
Secara tidak langsung, ia menyuntik tenaga baharu ketika menangani isu-isu global seperti kejejalan infrastruktur, kekurangan momentum pembangunan dan kapasiti pentadbiran yang lemah.
BRI telah memberi nafas baharu buat perdagangan global dengan menambah baik ketersambungan ekonimi. Dengan beroperasinya Rel Kereta Api China-Laos, buah-buahan segar yang dipetik dari negara Asia Tenggara boleh berada di pasaran Kunming, Provinsi Yunnan, pada hari yang sama menerusi perkhidmatan Ekspres Lancang-Mekong di bawah kelolaan Rel Kereta Api China-Laos.
Pada masa sama, kren gantri di Pelabuhan Piraeus Greece turut beroperasi dengan kapasiti penuh, sementara Laluan Ekspres Laut-Darat China-Eropah pula memendekkan masa pengangkutan maritim China-Eropah hingga tujuh ke 10 hari.
Di Peru, pembukaan Pelabuhan Chancay telah menyingkatkan masa pengangkutan laut perjalanan sehala antara China dan Peru sehingga 23 hari, sekali gus memotong kos logistik sebanyak 20 peratus.
Para pelajar menyertai sesi latihan di pengeluaran automatik Bengkel Luban di Thailand. (People’s Daily/Sun Guangyong)
Pembinaan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan sedang dalam proses, manakala projek utama seperti kereta api rentas sempadan China-Vietnam dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula telah mencapai kemajuan signifikan, sekali gus menyediakan momentum baharu buat ketersambungan global dan mengembangkan ruang buat pertumbuhan ekonomi dunia.
BRI berfungsi sebagai peneraju dalam pemodenan global. Pemodenan yang diangkat oleh China bukan sekadar untuk China sahaja, tetapi juga buat semua negara khususnya negara membangun. Itu juga bertepatan dengan visi luas pemodenan China dalam membina model baharu untuk kemajuan manusia.
Pada era baharu ini, teknologi Juncao China membawa kemakmuran buat sejumlah besar rakyat di pelbagai negara, sementara Projek Lancang-Mekong Sweet Spring telah menambah baik kehidupan rakyat di wilayah itu, manakala Rel Kereta Api Mombasa-Nairobi telah mempercepatkan pemodenan pada bandar-bandar di sepanjang laluan.
Transformasi bertaraf mikro tersebut telah membentu landskap pembangunan makro secara kolektif. Dengan mengutamakan pembangunan, BRI telah membantu negara-negara rakan untuk membina enjin pertumbuhan baharu, menerokai potensi pembangunan dan mewujudkan peluang yang lebih luas untuk pemodenan dunia.
BRI juga memperlihatkan komitmen China untuk mengangkat semangat Laluan Sutera iaitu aman dan bekerjasama, keterbukaan dan keterangkuman, saling belajar dan saling untung. Kesemua semangat itu merupakan sumber utama bagi kekuatan BRI.
Pakar China (kiri) sedang memeriksa rumah hijau untuk penyakit tumbuh-tumbuhan dan serangga perosak di Cape Verde. (Foto/Ding Hongchang)
Bukan sekadar itu, semangat itu malah bertepatan dengan fahaman ‘semua negara bersama-sama dalam keamanan dan keharmonian’ yang dijunjung sejak sekian lama oleh negara China.
Sejak sekian lama hingga ke hari ini, China konsisten dalam menyelesaikan perbezaan menerusi dialog, menentang perpecahan menerusi solidariti, dan mempromosi pembangunan menerusi kerjsama.
Visi tersebut juga merupakan keutamaan BRI. Dalam dunia yang sedang melalui perubahan, pergolakan dan perubahan dahsyat yang belum pernah berlaku sejak berzaman lamanya, BRI datang membawa tenaga postif sebagai sumber penting.
Dengan kerjasama BRI berkualiti tinggi yang terus fokus untuk menghasilkan projek berteraskan rakyat, mampan, dan berpiawaian tinggi, China akan bekerjasama dengan semua rakan untuk mencipta peluang baharu, serta menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran global.
- Dorong Pembinaan Berkualiti secara Komprehensif dalam Pelaksanaan BRI - Xi
- Xi Seru Sinergi Bina Dunia Adil yang Maju Bersama
- Forum Kemuncak BRI ke-9 Capai Hasil Memberangsangkan
- Seychelles Hargai Bantuan Kapal Hospital "Peace Ark", Kata Presiden Ramkalawan
- Pakistan Boleh Ambil Contoh dari Pembangunan China - PM Shehbaz
- China Mahu Tingkatkan Kerjasama BRI, Berkualiti Lebih Tinggi
- Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan Praktik Penting BRI
- Pasaran Padi Hibrid Berkembang di Asia
- Data NBS: Dagangan China, Negara BRI Tumbuh 5.5%
- Sumbangan China terhadap Pembangunan dan Kemakmuran Dunia Mengagumkan: PM Antigua dan Barbuda