- Lain-lain
China Galak Pembangunan Ekonomi Altitud Rendah
China Galak Pembangunan Ekonomi Altitud Rendah China akan menggalakkan pembangunan industri baharu muncul seperti ekonomi altitud rendah, menurut laporan kerja kerajaan China yang dibentangkan pada majlis perasmian sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) baru-baru ini.
Ini adalah tahun kedua ekonomi altitud rendah ditulis dalam laporan kerja kerajaan selepas tahun 2024.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, produk pintar yang dihasilkan di China menjadi semakin popular di pasaran global.
Menurut data oleh Persatuan Pengangkutan Udara China, China menyumbang lebih daripada 70 peratus daripada jumlah permohonan paten dalam bidang dron di peringkat global, sekali gus menjadi negara sumber teknologi terbesar.
Pelancongan dan kebudayaan altitud rendah, logistik dan penghantaran, pemantauan alam sekitar ...... ekonomi altitud rendah bukan sahaja mengubah cara kerja hidup rakyat, tetapi juga menjadi enjin baharu untuk pertumbuhan ekonomi China.