- Lain-lain
Dasar Tarif Goncang Keyakinan Pelabur Terhadap Pasaran AS
Sebanyak USD4 trilion nilai pasaran 'lenyap' dalam tempoh kurang dari sebulan, ekoran kebimbangan antarabangsa mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) yang terus-menerus menyebarkan panik dalam pasaran saham negara itu.
Tinjauan global yang dilakukan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), mendedahkan bahawa responden sangat skeptikal terhadap dasar tarif pentadbiran AS yang baru dan bimbang kesan negatif kemelesetan pasaran saham.
Menyentuh mengenai kenyataan Presiden AS, Donald Trump yang menyebut "kita tidak boleh terlalu fokus pada prestasi pasaran saham", kira-kira 86.7 peratus responden berpendapat, ini merupakan usaha untuk mengurangkan impak negatif dasar tarifnya terhadap pasaran saham AS.
Manakala 86.1 peratus responden mendakwa dasar tarif dari kerajaan Washington penggal baharu telah menggugat keyakinan pelabur, sekaligs mencetuskan jualan besar-besaran dalam saham teknologi AS dan turun naik pasaran yang tidak pernah berlaku sejak bertahun-tahun.
Sementara itu, 86.8 peratus responden menyifatkan kemerosotan menjunam saham AS baru-baru ini mencerminkan kekurangan keyakinan pelabur terhadap ekonomi AS, dan dikhuatiri akan merebak ke pasaran global sekaligus merosakkan keyakinan seluruh dunia.
Kira-kira 7,875 responden menyertai tinjauan tersebut dalam tempoh 24 jam selepas ia dikeluarkan menerusi platform bahasa Inggeris, Sepanyol, Arab dan Rusia CGTN.
- Perang Perdagangan AS Hanya Merugikan Diri Sendiri
- AS Tangguh Tarif terhadap Mexico dan Kanada
- Kanada Umum Tarif Balas 25 Peratus ke atas Import AS
- China Bertindak Balas Terhadap Peningkatan Tarif AS
- China Bakal Bertindak Balas Terhadap Tarif Tambahan AS
- AS Kena Tarif Tambahan terhadap Mexico dan Kanada Mulai Esok
- Trump Kenakan Tarif 25 Peratus ke Mexico dan Kanada
- Tindakan AS Umum Tarif Bakal Rugikan Semua
- Tindakan AS Berikan "Kejutan Tarif" kepada Dunia
- 13 Gabenor Kanada Berkumpul di Washington, Bantah Tarif AS