Lima Tahun bagi Tempoh Peralihan Syria

(CRI)Jumaat 14 Mac 2025

Presiden Syria, Ahmed Al Sharaa menandatangani draf "Deklarasi Perlembagaan" pada Khamis yang menetapkan rangka kerja bagi tempoh peralihan lima tahun untuk merombak struktur pentadbiran negara itu.

Selesai menandatangani draf yang diserahkan jawatankuasa khas yang menggubal "Deklarasi Perlembagaan Syria", Sharaa meluahkan harapan agar ia menjadi "permulaan yang baik untuk rakyat Syria bergerak ke arah pembinaan semula dan pembangunan".

Difahamkan, deklarasi berkenaan merangkumi empat bahagian termasuk institusi dan pengagihan kuasa semasa tempoh peralihan.

Video

Berita Berkaitan