Acara Promosi Pelaburan Wilayah CIIE di Hubei Himpun Lebih 300 Entiti

Acara Promosi Pelaburan Wilayah CIIE di Hubei Himpun Lebih 300 Entiti
Acara promosi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dianjurkan di Wuhan pada 18 Mac. (People's Daily Online/Weng Qiyu)

Bertemakan ‘Untuk Mendorong Dwi Kitaran dengan Memperkenalkan Lebih Banyak Pelaburan Asing’, acara promosi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Kerajaan Tempatan Provinsi Hubei telah berlangsung di Wuhan pada 18 Mac.

Ia sekali gus menandakan tempat perhentian pertama bagi acara promosi pelaburan wilayah CIIE pada tahun 2025.

Difahamkan, acara itu menampilkan aktiviti bertema termasuk persidangan, sesi pemadanan industri, dan lawatan di tapak. Memfokuskan industri utama Hubei seperti penjagaan kesihatan, runcit barangan pengguna serta pembuatan peralatan dan automotif, acara tersebut menghimpun 116 pempamer CIE, agensi promosi pelaburan, syarikat multinasional, termasuk 80 syarikat dan peneraju industri di dalam Fortune Global 500.

Acara itu turut disertai lebih daripada 300 entiti dari Hubei, termasuk kerajaan perbandaran, taman perindustrian, pengawal selia industri berkaitan, perusahaan tempatan yang terkemuka dan persatuan-persatuan perniagaan.

Semasa di lawatan tapak, para pempamer dan wakil perbadanan multinasional telah pergi ke Wuhan, Xiangyang, dan Yichang mengikut minat bidang masing-masing bagi mendapatkan pemahaman lebih mendalam tentang landskap perindustrian tempatan dan menerokai peluang kerjasama.

Untuk rekod, acara promosi pelaburan wilayah CIIE telah dilancarkan oleh Biro CIIE pada 2021 bagi memperluas kesan limpahan CIIE. Inisaitif acara itu berobjektif untuk ‘mengubah pameran menjadi komoditi’ dan ‘mengubah pempamer menjadi pelabur’, seterusnya mendorong pertumbuhan ekonomi wilayah.

Acara promosi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dianjurkan di Wuhan pada 18 Mac. (People's Daily Online/Weng Qiyu)

Video

Berita Berkaitan