- Lain-lain
China Komited Berganding Bahu dengan Pelbagai Pihak untuk Promosi Pembangunan Hijau
Komitmen China untuk mempertahankan jalan pembangunan hijau dan rendah karbon bukan sahaja permintaan dalaman bagi mendorong pembangunan ekonomi bermutu tinggi, malah juga sumbangan negara ini bagi komuniti antarabangsa untuk menghadapi perubahan iklim dan mempromosi pembangunan mampan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan terkini oleh Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA), pada sidang media di Beijing pada Rabu.
Menurut laporan IRENA tersebut, kapasiti janakuasa elektrik menggunakan tenaga boleh baharu di dunia bertambah 585 gigawatt, mewakili 92.5 peratus daripada peningkatan kapasiti janakuasa elektrik, dan sekali gus memperbaharui rekod. Antaranya, peningkatan kapasiti janakuasa elektrik menggunakan tenaga boleh baharu di China menduduki 60 peratus dalam jumlah global.
Memberikan penjelasan lanjut, Guo berkata bahawa pada 2024, 4 dari setiap 10 kilowat-jam tenaga elektrik yang dijana di negara ini adalah melalui tenaga bersih.
"Sebagai negara pengeksport teknologi bersih paling besar di dunia, China menyediakan 46 peratus peluang kerja dalam sektor tenaga boleh baharu di peringkat global.
"Laporan IRENA juga mendapati bahawa dalam tempoh 10 tahun lalu, purata kos elektrik bagi setiap kilowatt-jam projek tenaga angin menurun sebanyak lebih 60 peratus secara kumulatif, manakala kos bagi projek janakuasa elektrik fotovolta menurun lebih 80 peratus. China menyumbang banyak bagi kejayaan tersebut," ujar Guo.
Beliau berkata, 'transformasi hijau' dan 'sumbangan biru' menjadi tumpuan dalam kerjasama pembangunan mampan antara China dengan negara-negara jiran.
"Pembinaan dunia yang bersih dan indah merupakan tanggungjawab bersama semua negara di dunia.
"China akan terus berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk mendorong pembangunan hijau dan kerjasama biru. Sementara itu, China juga menyeru pelbagai pihak secara proaktif meletakkan syarat baik dan menyumbang kepada kerjasama hijau antarabangsa," kata Guo.
- China Selesaikan Penghijauan Seluas 6.67 Juta Hektar pada 2024
- Kementerian Kewangan Keluarkan Bon Hijau Berdaulat China di Luar Negara
- Xi Beri Arahan Mengenai Penubuhan Kumpulan Kitar Semula Sumber China
- Teknologi Termaju Dipamerkan Pada Ekspo China-Asia Selatan
- China Tetapkan Sasaran Hijau untuk Pusat Data
- Minyak Sawit, Jambatan Hubungkan Rakyat China-Malaysia
- Mesyuarat GEIDCO Fokuskan Transformasi Hijau
- China Jadi Teladan Jayakan Transformasi Hijau - Kata Diplomat Asing
- Xi Ucap Tahniah kepada Forum Pembangunan Hijau SCO
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami